Jadual Acara Sukan Komanwel 2022 Birmingham (Live)

Jadual Acara Sukan Komanwel 2022 Birmingham (Live). Bilakah kejohanan Sukan Komanwel 2022 berlangsung? Sukan Komanwel atau dikenali sebagai XXII Commonwealth Games memasuki edisi ke-32, adalah merupakan sukan antarabangsa yang melibatkan atlet dari negara-negara Komanwel dan diadakan setiap empat tahun sekali. Kejohanan Sukan Komanwel 2022 dijangka berlangsung pada 28 Julai sehingga 8 Ogos 2022 di Birmingham, England. Edisi lalu, Gold Coast adalah tuan rumah Sukan Komanwel 2018 yang menyaksikan Australia menjadi juara keseluruhan dengan 80 pingat emas. Terdapat 280 acara daripada 20 sukan yang akan dipertandingkan dalam temasya Sukan Komanwel 2022.

Jadual Acara Sukan Komanwel 2022 Birmingham (Live)

Dalam temasya Sukan Komanwel 2018, kontinjen Malaysia berjaya menduduki tangga ke-60 setelah membawa pulang 24 pingat yang terdiri daripada 7 emas, 5 perak dan 12 gangsa. Acara badminton, terjun, angkat berat dan berbasikal antara penyumbang pingat buat kontinjen kebangsaan. Mampukah kontinjen Malaysia melakar kejayaan lebih besar di temasya Sukan Komanwel Birmingham?

Jadual Acara Sukan Komanwel 2022 Birmingham (Live)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang acara Sukan Komanwel 2022 termasuk memaparkan tarikh dan senarai sukan yang melibatkan kontinjen Malaysia :

  • Host : Birmingham, England
  • Main Venue : Alexander Stadium
  • Tarikh : 28 Julai – 8 Ogos 2022
  • Acara Sukan : 280 daripada 20 sukan
  • Jumlah Atlet Malaysia : 103
  • Website : https://www.birmingham2022.com/

Senarai Acara Sukan Komanwel 2022

  • Athletics : 30 Julai – 7 Ogos 2022
  • Aquatics : Diving (4 Ogos – 8 Ogos 2022), Swimming (29 Julai – 3 Ogos 2022)
  • Badminton : 29 Julai – 8 Ogos 2022
  • 3×3 basketball : 29 Julai – 2 Ogos 2022
  • Beach volleyball : 30 Julai – 7 Ogos 2022
  • Boxing : 29 Julai – 7 Ogos 2022
  • Cricket : 29 Julai – 7 Ogos 2022
  • Cricket : 29 Julai – 7 Ogos 2022
  • Cycling : Mountain biking (3 Ogos 2022), road cycling (4 – 7 Ogos 2022), track cycling (29 Julai – 1 Ogos 2022)
  • Gymnastics : Artistic (29 Julai – 2 Ogos 2022), rhythm (4 – 7 Ogos 2022)
  • Hockey : 29 Julai – 8 Ogos 2022
  • Judo : 1 – 3 Ogos 2022
  • Lawn bowls : 29 Julai – 6 Ogos 2022
  • Netball : 29 Julai – 7 Ogos 2022
  • Powerlifting : 4 Ogos 2022
  • Rugby sevens : 29 – 31 Julai 2022
  • Squash : 29 Julai – 8 Ogos 2022
  • Table tennis : 29 Julai – 8 Ogos 2022
  • Triathlon : 29 Julai – 31 Julai 2022
  • Weightlifting : 30 Julai – 3 Ogos 2022
  • Wrestling : 5 – 6 Julai 2022

Live Streaming Sukan Komanwel 2022

Bagi peminat sukan boleh menyaksikan siaran langsung acara Sukan Komanwel 2022 menerusi pautan https://komanwel2022.rtm.gov.my/.

Selamat maju jaya buat kontinjen negara dalam temasya Sukan Komanwel 2022 di Birmingham.

BACA JUGA :

Related Posts

Add Comment