AFC B-23: Harimau Muda Ikat China 2-2, Gagal Layak Secara Merit!

AFC B-23: Harimau Muda Ikat China 2-2, Gagal Layak Secara Merit! Skuad Malaysia kendalian Ong Kim Swee seakan tiada tuah apabila terikat keputusan seri 2-2 dengan China dalam aksi terakhir Kelayakan Kejuaraan B-23 AFC 2020. Pasukan Malaysia tidak menunjukkan rasa gentar menentang skuad China yang dikendalikan oleh Guus Hiddink.

Separuh masa pertama, kedua-dua pasukan mempamerkan aksi bertenaga dan mengasak ke kubu satu sama lain. Pada minit ke-11, Muhammad Syahmi Safari sekali lagi membuktikan kemampuannya, menjadi pencetus jaringan pembukaan perlawanan selepas hantaran lintangnya tertampan sendiri oleh kaki pertahanan China, Zhu Chen Jie sebelum bola menerjah ke gawang lawan.

AFC B-23: Harimau Muda Ikat China 2-2, Gagal Layak Secara Merit!

Bagaimanapun jaringan itu hanya bertahan lima (5) minit sahaja selepas pemain penyerang China, Zhang Yuning kembali menyamakan kedudukan 1-1 sehingga wisel ditiup pada babak pertama.

Separuh masa kedua, skuad Malaysia mula merencanakan asakan ke kubu lawan. Namun, skuad muda negara tidak mempersiakan peluang menerusi sepakan sudut apabila penjaga gol China, Chen Wei gagal menangkap bola kemas dan Danial Haqim berjaya menghidu peluang lalu menyepak bola ke gawang gol lawan.

AFC B-23: Harimau Muda Ikat China 2-2, Gagal Layak Secara Merit!

Jika dilihat, skuad Guus Hiddink lebih banyak bertahan dan terus dihimpit dimana pemain Malaysia terus memberi tekanan kepada pasukan tembok besar itu. Seakan skuad negara akan membawa balik 3 mata di Stadium Shah Alam yang dibanjiri oleh penyokong Harimau Malaya.

Impian Malaysia layak secara merit ke Kejuaraan B-23 AFC 2020 terbantut apabila pemain pertahanan China, Jiang Sheng Long muncul sebagai pemusnah meledak gol kedua pada minit ke-83. Dengan kelebihan fizikal yang ada pemain China menggunakan peluang sebaik mungkin dengan menanduk mudah ke gawang gol Malaysia.

Dengan keputusan seri 2-2 di antara Malaysia dengan China, kedua-dua pasukan terikat 7 mata dan pasukan China memimpin dalam Kumpulan J Kelayakan Kejuaraan B-23 AFC 2020. Sama ada Malaysia layak mengesahkan tempat ke Kejuaraan B-23 AFC tahun hadapan di Bangkok.

Pasukan Malaysia kini akan menunggu keputusan perlawanan dari kumpulan lain selepas terikat 2-2 menentang pasukan China dalam perlawanan Kumpulan J pusingan kelayakan Kejuaraan AFC B-23 edisi 2020.

Foto Kredit : FAM

Related Posts

Add Comment