Aidil Berang Kembarnya Ditumbuk, Fans Harimau Malaya Hampa Pengadil Perlawanan!

Aidil Berang Kembarnya Ditumbuk, Fans Harimau Malaya Hampa Pengadil Perlawanan!. Pertembungan antara Malaysia menentang Vietnam pada aksi pentas akhir pertama Piala Suzuki AFF 2018 menyaksikan skuad Harimau Malaya hanya mencatat keputusan seri 2-2 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Namun begitu, terdapat beberapa aksi kekasaran yang dipamerkan kedua-dua pasukan sementara banyak kad kuning dilayangkan buat skuad Malaysia.

Aidil Berang Kembarnya Ditumbuk, Fans Harimau Malaya

Aidil Berang Kembarnya Ditumbuk, Fans Harimau Malaya Hampa Pengadil Perlawanan!

Satu insiden berlaku dimana menyaksikan Zaquan Adha ditumbuk pemain Vietnam, Do Duy Manh pada minit ke-10 perlawanan yang kini tular di laman sosial. Berdasarkan video yang diposting oleh Foxsport Asia menunjukkan Zaquan Adha kena tumbukan dari pemain Vietnam, namun pengadil perlawanan tidak mengadili dengan baik.

Hal ini membuatkan penyokong bolasepak kebangsaan telah memberikan kecaman kepada tindakan pemain pasukan lawan kerana bermain kasar. Jika disaksikan dengan jelas pemain Vietnam, Do Duy Manh patut dikenakan kad merah yang sengaja menumbuk Zaquan.

Menerusi video menyaksikan Aidil Zafuan turut berang di bangku simpanan selepas melihat kembarnya, Zaquan Adha ditumbuk oleh pasukan lawan. Tindakan itu ditenangkan oleh jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe di tepi padang.

Skuad Harimau Malaya akan bertandang ke Hanoi di Stadium My Dinh dalam aksi Separuh Akhir Kedua Piala Suzuki AFF 2018.

Related Posts

Add Comment