AirAsia Penerbangan Rasmi Liga Malaysia Musim 2019/2020

AirAsia Penerbangan Rasmi Liga Malaysia Musim 2019/2020. Berita baik buat pasukan-pasukan Liga Malaysia musim 2019. Menerusi laman Malaysian Football League (MFL), syarikat penerbangan tambang murah nasional, AirAsia secara rasmi menandatangani perjanjian untuk menjadi syarikat penerbangan eksklusif Liga Malaysia bagi musim 2019/2020.

Sebagai sebahagian daripada perkongsian itu, AirAsia akan menyokong pasukan yang bermain dalam Liga Malaysia dengan menawarkan tambang diskaun untuk mereka terbang dengan syarikat penerbangan itu di seluruh Malaysia dan rantau ini.

AirAsia Penerbangan Rasmi Liga Malaysia Musim 2019/2020

Selain itu, AirAsia juga turut memiliki hak untuk menjual tiket perlawanan Liga Malaysia 2019 sama ada menerusi platform rasmi mereka atau pakej bersama tiket penerbangan dan tawaran hotel melalui laman web rasmi AirAsia.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Football League (MFL), Kevin Ramalingam berkata beliau optimis penampilan AirAsia dalam kancah bolasepak tempatan dan yakin kedatangan AirAsia akan memeriahkan lagi suasana Liga Malaysia akan datang.

Katanya lagi, “Saya gembira kerana pasukan-pasukan Liga Malaysia akan mendapat manfaat apabila dapat menggunakan khidmat penerbangan AirAsia. “Ia bukan selalu anda dapat menyaksikan satu syarikat besar apatah lagi AirAsia antara syarikat penerbangan tambang murah terbaik dunia selama 10 tahun berturut-turut yang tampil bersama-sama untuk memeriahkan Liga Malaysia pada kali ini.

Sementara itu, menurut kata daripada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes: “Bola sepak adalah salah satu daripada keghairahan saya dan kini saya berpeluang meneruskan minat saya terhadap sukan nombor satu negara ini melalui syarikat penerbangan AirAsia.

AirAsia Penerbangan Rasmi Liga Malaysia Musim 2019/2020

“Pada masa ini syarikat penerbangan itu menaja Liga AirAsia KL Junior untuk memajukan bola sepak belia di Lembah Klang selain kami juga mempunyai pasukan belia kami sendiri, PJ Rangers FC. “Baru-baru ini, kami juga menyediakan penerbangan untuk peminat Harimau Malaya menyaksikan perlawanan separuh akhir dan final Piala AFF Suzuki di Bangkok dan Hanoi.

Kata Tony Fernandes lagi, “Justeru, perjanjian bersama MFL adalah satu peluang yang luar biasa bagi AirAsia untuk terus menyokong bola sepak Malaysia dan kami bangga dapat memainkan peranan dalam menginspirasikan generasi baru dan menjadikan impian menjadi kenyataan buat para pemain, pasukan dan juga peminat.“

Sumber/ Kredit Foto : MFL

Related Posts

Add Comment