Akademi JDT Terima Jemputan Bermain Bersama Kelab Ternama Eropah. Menerusi laman sosial Johor Southern Tigers, menyatakan akademi Johor Darul Ta’zim (JDT) akan bermain bersama Arsenal, Atletico, Valencia dan banyak lagi kelab di Singapura. Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) Bawah-16 akan bertanding bersama beberapa kelab profesional dari Eropah dan Asia dalam kejohanan ‘JSSL Profesional Academies 7s’ yang akan berlangsung di Singapura.
Pasukan-pasukan Eropah dan Asia yang turut menyertai dalam kejohanan ‘JSSL Profesional Academies 7s’ antaranya iaitu Atletico Madrid, Arsenal, Valencia, Fulham, Urawa Red Diamonds, Perth Glory, Bangkok United dan Persib Bandung. Kejohanan itu akan berlangsung bermula daripada 19 April hingga 21 April 2019.
Akademi JDT Terima Jemputan Bermain Bersama Kelab Ternama Eropah
Menurut Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards berkata, “Adalah satu penghormatan buat kami apabila dijemput untuk bertanding bersama beberapa kelab ternama dalam arena bola sepak.
“Penyertaan dalam kejohanan ‘JSSL Professional Academies 7s’ juga memberi peluang kepada anak-anak muda JDT untuk mempamerkan bakat mereka dan berkemungkinan dapat menarik perhatian dari kelab-kelab ternama Eropah.”
Kejohanan itu dianggap kejohanan belia terbesar di Asia. Bermula dari 40 pasukan pada 2013 hingga kepada 350 pasukan pada 2018. Dijangkakan tahun ini, sebanyak 400 pasukan akan menyertainya dalam beberapa kategori yang dipertandingkan untuk edisi 2019.
Bekas pemain antarabangsa England dan Manchester United, Andy Cole menjadi tetamu kehormat selepas Teddy Sheringham dan Emile Heskey tampil selaku tetamu kehormat pada tahun-tahun sebelumnya.
Sumber : JOHOR Southern Tigers