Benteng Kedah Tak Gusar Hadapi Pahang, Tanpa Pertahanan Kental Renan Alves!

Benteng Kedah Tak Gusar Hadapi Pahang, Tanpa Pertahanan Kental Renan Alves! Skuad Kedah bakal bertandang ke Stadium Darul Makmur untuk bertemu pasukan Pahang FA. Pasukan Kedah kendalian Aidil Shahrin akan bermain tanpa kelibat pertahanan kental mereka, Renan Alves. Dalam perlawanan antara Kedah menentang PKNS FC, pemain kelahiran Brazil itu dilayangkan kad merah kerana melakukan kekasaran ke atas penyerang PKNS FC, Faizat Ghazali.

Sudah tentunya, Renan Alves tidak boleh beraksi dalam dua perlawanan Liga Super Malaysia 2019 untuk menentang Tok Gajah dan Johor Darul Ta’zim. Namun, ketiadaan Renan tidak menggusarkan pemain Kedah kerana mereka memiliki beberapa pertahanan yang boleh mengisi pemain import itu.

Benteng Kedah Tak Gusar Hadapi Pahang, Tanpa Pertahanan Kental Renan Alves!

Bek kiri pasukan Kedah, Alif Yusof meletakkan keyakinan yang tinggi kepada pengendali Kedah, Aidil Sharin menjelang pertemuan unifi Liga Super Malaysia menentang juara bertahan Piala FA 2018, Pahang.

Benteng Kedah Tak Gusar Hadapi Pahang, Tanpa Pertahanan Kental Renan Alves!

Dalam pertemuan Kedah menentang Pahang, skuad Tok Gajah bukan calang-calang pasukan pada musim ini kerana memiliki beberapa pemain yang berkualiti termasuk pemain import yang dianggap senjata pemusnah yang dibarisi oleh Dickson Nwakaeme, Saddil Ramdani dan Eduardo.

Selain itu, mereka memiliki pemain sayap yang digeruni iaitu Mahamadou Sumareh dan kawasan tengah yang didominasi oleh Nor Azam Azih dan Safuwan Baharuddin. Tidak lupa juga, Herold Goulon dan Muslim Ahmad yang akan menjaga kubuĀ  pertahanan daripada pasukan lawan.

Jom ramai-ramai peminat bolasepak Pahang dan Kedah hadir ke Stadium Darul Makmur pada 8 Mac 2019!

Kredit Foto : FB Kedah FA

Related Posts

Add Comment