Biodata Hafizh Syahrin Pelumba MotoGP Malaysia. Anda kenali Hafizh Syahrin? Hafizh Syahrin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Hafizh Syahrin adalah merupakan seorang pelumba motosikal dari Malaysia. Pada permulaan karier sebagai pelumba motosikal, Hafidz Syahrin bertanding dalam Siri Underbone Malaysia iaitu Cup Prix tahun 2009 hingga 2011. Beliau mula bertanding dalam Kejohanan Perlumbaan Asia dan mula tahun 2012 beliau mewakili pasukan FIM CEV Repsol untuk bersaing kategori Moto2. Selepas itu bermula tahun 2014 beliau telah berpindah ke Kejohanan Dunia Moto2 dengan Petronas Raceline Malaysia hingga 2017.

Kini, namanya makin dikenali dalam kalangan rakyat Malaysia dan melakar sejarah Asia Tenggara dimana Hafizh Syahrin telah diberi kepercayaan dan terpilih untuk mewakili kategori MotoGP dalam pasukan Monsters Yamaha Tech 3 untuk menggantikan Jonas Folger. Menjadikan Hafizh Syahrin rakyat Malaysia pertama yang berlumba Kejohanan Dunia MotoGP.
Biodata Hafizh Syahrin Pelumba MotoGP Malaysia
Berikut adalah biodata Hafizh Syahrin secara ringkas :
Nama Penuh : Hafizh Syahrin Abdullah
Nama Samaran : Hafizh Syahrin atau Pescao55
Umur : 24 tahun (2018)
Tinggi : 180cm
Asal : Ampang, Selangor
Status : Berkahwin
Sukan : Rider MotoGP
Pasukan : Monster Yamaha Tech 3
Pencapaian : Juara FIM CEV 2017 di Litar Albacete
Twitter : http://twitter.com/hafizhpetronas
Instagram : http://instagram.com/hafizh_syahrin

Statistik Karier Hafizh Syahrin
INFO BERKAITAN : Biodata Adam Norrodin Pelumba Moto3 Malaysia
Selamat maju jaya kepada Hafizh Syahrin dalam perlumbaan MotoGP.
Sumber : MotoGP