Diogo Luis Santo Sah Menyarung Jersi Johor Darul Ta’zim

Diogo Luis Santo Sah Menyarung Jersi Johor Darul Ta’zim. Sebelum ini ura-ura mengatakan pemain sensasi Buriram United, Diogo Santo akan berhijrah ke pasukan Malaysia musim 2019. Namun pasukan manakah beliau akan berhijrah? Kini menerusi laman rasmi Johor Southern Tigers mengumumkan Diogo Luis Santo pemain kelahiran Brazil sah menyarung jersi kelab Johor Darul Ta’zim (JDT).

Diogo Luis Santo Sah Menyarung Jersi Johor Darul Ta'zim

Diogo Luis Santo Sah Menyarung Jersi Johor Darul Ta’zim

Pemain yang telah berusia 31 tahun mempunyai pengalaman luas di pentas Liga Juara-Juara AFC dan pemain import ternama di kelab Thailand. Sepanjang rekod beliau bersama Buriram United dianggap paling terbaik dalam kelab itu dimana mencatat 86 gol daripada 105 perlawanan daripada 2015 hingga 2018. Mampukah Diogo Santo beraksi terbaik di Liga Malaysia bersama JDT?

Di bawah adalah video selamat datang Diogo Luis Santo ke kelab Johor Darul Ta’zim daripada laman rasmi Johor Southern Tigers.

Dengan kehadiran Diogo Santo sudah pasti memberi khabar gembira buat peminat dan penyokong Johor Darul Ta’zim. Secara tak langsung, pasukan JDT telah melengkapkan 5 pemain import untuk saingan Liga Malaysia musim 2019 dan cabaran dalam Liga Juara-Juara AFC 2019.

Sumber : Johor Southern Tigers

Related Posts

Add Comment