Dua Gol Wander Luiz, Tamatkan Perjuangan Jerantut FA di Jengka. Pasukan perak hadir sebagai pasukan pelawat dimana beraksi menentang Jerantut FA di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka. Perjuangan Jerantut FA terhenti disini apabila ditewaskan oleh The Boss Gaurus hanya keputusan 2-1 sebentar tadi. Jerantut FA tampil garang pada babak pertama apabila kerap mengasak kubu lawan walaupun dibarisi pemain jaguhan ‘kampung’.
Pasukan tuan rumah terlebih dahulu menguji pemain kendalian Mehmet Durakovic menerusi sepakan percuma Muhamad Firdaus Abdul Razak pada minit ke-2 sebelum ditangkap kemas oleh penjaga gol Perak, Muhammad Hafizul. Peluang Perak pula hadir pada minit ke-19 menerusi Muhammad Shahrel Fikri namun sepakannya terkena palang.
Dua Gol Wander Luiz, Tamatkan Perjuangan Jerantut FA di Jengka
Skuad The Boss Gaurus yang membarisi tiga pemain import pada perlawanan ini ternyata tidak dapat membolosi pintu gol Jerantut FA. Sebaliknya, pasukan tuan rumah pula yang bermain Liga M4 mendapat jaringan pertama pada minit ke-45 menerusi sepakan percuma Firdaus Abd Razak menewaskan Hafizul Hakim.
45'| GOL FIRDAUS ABD RAZAK!
Sepakan percuma Firdaus Abd Razak menewaskan Hafizul Hakim untuk meletakkan The Kampung Boys satu gol dihadapan!
Jerantut FA 1-0 Perak#ShopeePialaFA#MFLLive#JERPRK pic.twitter.com/6FDey7M7Al
— MFL LIVE (@MFL_Live) April 17, 2019
Bersambung babak kedua, skuad Perak mula bangkit memperkemaskan permainan dimana melakukan asakan ke kubu pintu gol Jerantut FA. Akhirnya bekas Juara Piala Malaysia 2018 memecah kebuntuan pada minit ke-75 menerusi Wander Luiz. Pemain import dari Brazil itu bijak menerima hantaran lintang dari Nazirul Naim dan ditanduk masuk oleh Wander Luiz.
Wander Luiz lagi sekali menjadi duri dalam daging dalam perlawanan ini dimana berjaya menjaringkan gol pada minit ke-85 apabila hantaran dari Rafiuddin disudahkan dengan tenang. Menyedari ketinggalan satu gol, pemain Jerantut FA kembali memperkemaskan permainan dan cuba mencari gol penyamaan.
85'| GOL WANDER LUIZ!
Perak mendahului di Jengka ketika ini apabila hantaran dari Rafiuddin disudahkan dengan tenang oleh Wander Luiz!
Jerantut FA 1-2 Perak#ShopeePialaFA#MFLLive#JERPRK pic.twitter.com/3cvdqW3uSR
— MFL LIVE (@MFL_Live) April 17, 2019
Kedudukan 2-1 kekal sehingga wisel ditiupkan. Dua gol dari Wander Luiz menyingkirkan Jerantut FA di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka pada malam ini. Terdahulu, The Kampung Boys mendahului melalui Firdaus Abd Razak.
Foto Kredit : MFL