Gol Dari Hariss dan Akhyar, Tundukkan Pahang di Larkin

Gol Dari Hariss dan Akhyar, Tundukkan Pahang di Larkin. Pertarungan dua pasukan gergasi Liga Malaysia malam ini di antara Johor Darul Ta’zim menentang Pahang di Stadium Tan Sri Dato’ HJ Hassan Yunos, Larkin. Kedua-dua pasukan ini boleh dianggap sebagai el-clasico Malaysia di mana kedua-dua pasukan antara pencabar kejuaraan Liga Super musim ini. Pasukan Johor Darul Ta’zim menerima kunjungan Tok Gajah di Larkin dalam aksi ke-13 Liga Super 2019.

Dalam perlawanan ini, penyerang import Pahang Dickson Nwakaeme tidak dapat beraksi kerana mengalami kecederaan. Separuh masa pertama bermula menyaksikan kedua-dua pasukan saling berhati-hati namun melakukan serangan ke kubu masing-masing. Ternyata tanpa kelibat Dickson Nwakaeme agak memberi kegusaran kepada barisan serangan pasukan Pahang.

Gol Dari Hariss dan Akhyar, Tundukkan Pahang di Larkin

Ze Love ternyata diberi tanggungjawab untuk menggalas sebagai pemain penyerang namun malam ini pemain import ini beraksi agak kurang baik. Pasukan tuan rumah hampir menjaringkan gol pertama namun dapat diselamatkan penjaga gol lawan.

Masuk separuh masa kedua, kedua-dua pasukan mempamerkan aksi bertenaga untuk mencari gol pertama dalam perlawanan ini. JDT hampir mendapat jaringan pertama menerusi percubaan menarik daripada Safawi Rasid setelah menerima hantaran cantik daripada Diogo Luis Santo.

Pasukan Pahang juga sekali sekala memberi ancaman kepada barisan pertahanan JDT dimana pasukan pelawat hampir meletakkan gol pendahuluan menerusi pemain naturalisasi negara, Mahamadou Sumareh namun sepakan itu dapat diselamatkan oleh penjaga gol JDT, Farizal Marlias.

JDT akhirnya memecahkan kebuntuan di Larkin selepas gerakan yang dimulakan oleh Hariss Harun disudahkan sendiri oleh beliau sendiri. Hasil gerakan menarik antara Hariss Harus melakukan hantaran sebelah tepi kepada Akhyar Rashid akhirnya pemain itu melakukan hantaran kemas kepada Hariss semula tanpa mempersiakan peluang itu tendangannya terus menerjah gawang gol.

Jaringan itu meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan 1-0. Kemasukan Akhyar Rashid ternyata banyak merencanakan serangan dan mengucar kacir benteng pertahanan Pahang. Akhyar Rashid menggandakan kedudukan buat JDT pada saat-saat akhir perlawanan. Game over untuk Pahang dalam perlawanan ini.

Gol dari Hariss Harun dan Akhyar Rashid menundukkan Pahang di Larkin pada malam ini. Kemenangan JDT pada malam ini menjarakkan lagi kedudukan mereka dengan Pahang kepada 8 mata.

Foto Kredit : JST

Related Posts

Add Comment