Gol Tunggal Kpah Sherman, PKNS FC Singkirkan Harimau Selatan di Larkin

Gol Tunggal Kpah Sherman, PKNS FC Singkirkan Harimau Selatan di Larkin. JDT hadir menerima kunjungan pasukan PKNS FC dalam saingan pusingan ketiga Shopee Piala FA 2019 di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos. Pasukan tuan rumah tewas mengejut dengan skuad kendalian K. Rajagobal berakhir dengan keputusan 1-0. Skuad kendalian Luciano Figueroa melakukan perubahan besar dimana hampir keseluruhan pemain rata-rata pemain simpanan.

Sepak bermula dimana pasukan tuan rumah lebih mendominasi permainan dan merencanakan serangan ke kubu lawan. Namun pasukan JDT menerima tamparan awal dimana Kiko Insa dilayangkan kad merah pada minit ke-11. Ini bermakna skuad Harimau Selatan beraksi dengan 10 pemain untuk baki perlawanan 79 minit lagi.

Gol Tunggal Kpah Sherman, PKNS FC Singkirkan Harimau Selatan di Larkin

JDT hampir menemui jaringan gol pada minit ke-31 apabila Syafiq Ahmad menguji penjaga gol PKNS FC, Zariff Irfan. Bek tengah import Johor Darul Ta’zim, Mauricio Nascimento dibawa masuk babak akhir separuh masa pertama untuk menggantikan Shamer Kutty Abba.

Separuh masa kedua bersambung dimana selepas tiga minit bermula penyerang import PKNS FC, Kpah Sherman meletakkan pasukan pelawat dihadapan selepas menanduk masuk hantaran R.Surendren. Dengan jaringan tersebut sudah pasti menambah bebanan buat skuad Harimau Selatan yang beraksi dengan 10 pemain.

JDT membawa masuk Safawi Rasid pada minit ke-65 untuk mempertajamkan barisan serangan dimana JDT berjaya mengandakan asakan ke pintu gol lawan. Skuad PKNS FC terpaksa mempertahankan benteng mereka daripada dibolosi pada 15 minit terakhir.

Tamat perlawanan pasukan tuan rumah gagal menyamai keputusan 1 gol. Gol tunggal oleh Kpah Sherman pada minit ke-49 menyingkirkan Harimau Selatan ditempat sendiri dalam Shopee Piala FA pusingan ke-3 malam ini.

Foto Kredit : MFL

Related Posts

Add Comment