Harga Tiket STL Champions Cup 2019 (Lokasi). Bagaimana cara dapatkan tiket STL Champions Cup? Panduan buat peminat sepak takraw di tanah air yang ingin menyaksikan perlawanan STL Champions Cup 2019. Saingan Liga Premier Sepak Takraw (STL) 2019 telah berlabuh tirai menyaksikan pasukan Perak Bison berjaya merampas kejuaraan daripada Penang Black Panthers. 10 pasukan bersaing di STL Champions Cup 2019 termasuk empat pasukan antarabangsa dimana kesemua perlawanan akan berlangsung di Iskandar Malaysia Studios, Johor.

Perlawanan pembukaan STL Champions Cup 2019 akan berlangsung pada hari Ahad, 22 Disember 2019 dimana tiket akan dijual di kaunter setiap lokasi atau di tiket hotline www.ticketonline.com.my. Tiket kemasukan bernilai RM10 dan RM6.
Harga Tiket STL Champions Cup 2019 (Lokasi)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang tiket perlawanan STL Champions Cup termasuk harga dan lokasi untuk dapatkan :
Tarikh : 22 Disember – 28 Disember 2019
Lokasi : Iskandar Malaysia Studio, Johor Bahru
Siaran TV : Astro Arena
Info Jualan Tiket STL Champions Cup 2019
- Harga Tiket: RM 10 & RM 6
- Tiket akan dijual di kaunter lokasi dan di Ticket Hotline https://sepaktakraw.tickethotline.com.my/

BACA JUGA :
Jangan lupa saksikan siaran langsung STL Champions Cup 2019 yang akan disiarkan di saluran Astro Arena dan Arena HD.