Jadual Kelayakan Piala Asia 2023 (Keputusan). Keputusan Kelayakan Piala Asia 2023? Skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe akan bertemu dengan pasukan Indonesia pada 5 September 2019 untuk aksi sulung Kumpulan G bagi Pusingan 2 Kelayakan Piala Asia 2023. Menerusi undian, skuad Malaysia telah diundi dalam Kumpulan G bersama pasukan United Arab Emirates (UAE), Vietnam, Indonesia dan Thailand. Skuad kebangsaan berjaya melangkah ke pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022 /Piala Asia 2023 selepas menewaskan Timor Leste dengan keputusan 12-2. Berikut adalah keputusan Kelayakan Piala Asia 2023.
Kelayakan Piala Asia 2023 adalah proses kelayakan yang dianjurkan oleh AFC untuk menentukan pasukan yang mengambil bahagian dalam Piala Asia 2023 yang akan berlangsung di China. Hanya 24 pasukan terbaik akan melangkah ke kejohanan akhir Piala Asia 2023 dimana format terbaru akan dibahagikan kepada enam kumpulan empat pasukan.
Jadual Kelayakan Piala Asia 2023 (Keputusan)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Kelayakan Piala Asia 2023 termasuk memaparkan keputusan perlawanan yang melibatkan pasukan Malaysia :
Tarikh : 6 Jun 2019 – 29 Mac 2022
Pasukan : 46 (konfederasi Asia)
Keputusan Kelayakan Piala Asia 2023
Terdapat 40 pasukan dari rantau Asia yang ke peringkat kedua Kelayakan Piala Asia 2023 adalah seperti berikut :
PUSINGAN PERTAMA
Mongolia 3-2 Brunei
Macau 1-3 Sri Lanka
Laos 0-1 Bangladesh
Malaysia 12-2 Timor Leste
Kemboja 4-1 Pakistan
Bhutan 1-5 Guam
Kedudukan Kelayakan Piala Asia 2023 Malaysia
PERINGKAT KUMPULAN
Pasukan P M S K G B Mata
VIETNAM 5 3 2 0 11 5 11
MALAYSIA 5 3 0 2 8 6 9
THAILAND 5 2 2 1 6 3 8
UAE 4 2 0 2 8 4 6
INDONESIA 5 0 0 5 3 16 0
*carta kedudukan hanya melibatkan pasukan Malaysia sahaja
Semoga skuad Malaysia berjaya ke peringkat seterusnya ke Piala Asia 2023 di China.