JDT hanya bernasib baik kata jurulatih Gyeongnam

Nampaknya menjelang perlawanan kedua peringkat kumpulan e Liga juara-juara ACL ketua jurulatih pasukan Gyeongnam memulakan serangan psikologi terhadap pasukan Johor Darul Ta’zim. Sebelum itu, Kim Jong Boo yang merupakan ketua jurulatih pasukan Gyeongnam mengakui bahawa dia mengagumi pasukan JDT kerana mampu memberikan saingan sengit terhadap Kashima Antlers.

Perlawanan minggu lalu katanya sengit dan pasukan ini (Johor Darul Ta’zim) mampu bertahan dari dipermalukan oleh juara bertahan Kashima Antlers. Namun kekalahan tipis ini kata jurulatih ini adalah sekadar bernasib baik pasukan JDT.

“Setelah diamati, pasukan JDT sebenarnya bernasib baik kerana mencatatkan keputusan sedemikian kerana pasukan dari jepun ini tidak menurunkan pasukan terbaik mereka. Mereka hanya menurunkan pemain simpanan dalam perlawanan tersebut”

Walaubagaimanapun pasukan ini tetap tidak boleh dipandang rendah katanya. Pasukan Gyeongnam harus berhati-hati dengan pasukan JDT yang mungkin boleh mempermalukan mereka kerana JDT sangat baik dalam setiap perlawanan yang berlangsung di Stadium Larkin.

Apabila ditanya bagaimana perlawanan malam ini, jurulatih ini optimis mampu memperolehi 3 mata penuh daripada perlawanan ini dan seterusnya mampu selesa seketika bagi melayakkan diri mereka ke pusingan berikutnya.

Katanya dia tidak menurunkan pasukan terbaik ketika beraksi di Liga 1 Korea bagi menumpukan perhatian untuk aksi ACL. Maka misi mereka adalah menang untuk perlawanan ini tidak ada lain selain menang

“Saya turun di Johor Bahru dengan pasukan adalah dengan satu misi iaitu menang dan tahukah anda pada aksi Liga 1 Korea apabila kami tewas 2-1 kepada Incheon United, kami tidak menurunkan barisan pemain terbaik semata-mata mahu beri tumpuan pada aksi ACL ini.”

Dalam masa yang sama, pemain import Johor DT Diogo mahu berikan yang terbaik untuk persaingan kali ini dan sekurang-kurangnya mampu memberi kejutan kepada peminat yang mana pasukan JDT dapat bersaing ke peringkat lebih tinggi.

Rahsia JDT dalam tangan pemain tengah

Dalam masa yang sama bekas pemain Terengganu Do Dong Hyun mengatakan bahawa dia mempunyai maklumat dan cara bermain pasukan JDT. Maka perkara itu dikongsikan bersama rakan sepasukannya bagi menghadapi juara 5 kali berturut-turut liga super Malaysia.

Dalam masa yang sama katanya rakannya tiada masalah untuk bermain disuhu yang sedikit panas berbanding di Negara mereka. Mereka juga dikatakan telah membuat persiapan pra musim di Thailand dan sudah biasa dengan aksi tidak sejuk.

“Bercakap tentang bermain dicuaca yang agak panas, ia tidaklah menjadi penghalang kepada pasukan kami kerana kami juga telah membuat persiapan pra musim di Asia Tenggara iaitu dengan menentang pasukan Thailand pada Januari yang lalu”- Sumber : Foxsports

Related Posts

Add Comment