JDT Menang di Larkin, Kedah Beraksi Dengan 10 Pemain. Perlawanan Liga Super 2019 dalam aksi ke-15 yang berlangsung di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin sebentar tadi antara pasukan Johor Daril Ta’zim (JDT) dan Kedah. Dalam perlawanan itu menyaksikan pasukan JDT melebarkan penguasaannya apabila berjaya menewaskan Kedah 2-0. Sebelum perlawanan bermula ‘1 minute silence’ atau sesi bertakafur antara JDT dengan Kedah untuk memberi penghormatan kepada kemangkatan Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah tempoh hari.
Separuh masa pertama bermula menyaksikan JDT dilihat menguasai permainan dan serangan ke pintu gol lawan. Beberapa kali percubaan berbahaya yang dilakukan oleh pasukan tuan rumah yang cukup menguji penjaga gol lawan, Ifwat Akmal. Namun usaha JDT berhasil dimana Leandro Velasquez memecah kebuntuan gol pertama setelah melepaskan rembatan cantik untuk menewaskan Ifwat.
JDT Menang di Larkin, Kedah Beraksi Dengan 10 Pemain
Pasukan pelawat bangkit untuk mencari gol penyamaan dengan melakukan beberapa serangan ke pintu gol JDT. Namun serangan itu tidak membuahkan hasil. Kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Sambung masa kedua menyaksikan pasukan JDT terus mendominasi permainan tatkala Kedah lebih banyak bertahan yang memberi kesukaran kepada skuad Harimau Selatan. Minit ke-69, Rizal Ghazali melakukan satu tackle ke atas Diogo. Beliau mengutip kad kuning kedua seterusnya dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan. Skuad Helang Merah terpaksa bermain dengan 10 orang pemain selepas Rizal Ghazali dilayangkan kad kuning kedua.
Safawi Rasid melebarkan jurang JDT di Larkin pada minit ke-86 selepas rembatan kaki kanan beliau gagal dibaca oleh Ifwat Akmal. Jaringan tersebut dihasilkan oleh Safawi Rasid dan seterusnya menerima kad kuning kerana tindakan beliau membuka baju ketika meraikan jaringan tersebut.
86'| GOL SAFAWI!
Safawi Rasid melebarkan jurang JDT di Larkin selepas rembatan kaki kanan beliau gagal dibaca oleh Ifwat Akmal.@OfficialJohor 2-0 @official_kfa #LigaSuper2019#MFLLive#JDTKED pic.twitter.com/BUhakTfHXt
— MFL LIVE (@MFL_Live) May 26, 2019
Kedudukan kekal 2-0 sehingga wisel penamat. Gol dari Leandro dan Safawi memberikan kemenangan ke-12 liga mereka pada malam ini.
Foto Kredit : MFL