JDT sukar Pertahan Kejuaraan- Shukor Adan

JDT sukar Pertahan Kejuaraan itulah antara amaran awal yang diberikan oleh bekas Ketua pasukan Felda United untuk musim 2019 ini. Johor Darul Takzim pada musim ini ingin turun selaku pasukan bertahan dalam beberapa kejohanan.

Namun Shukor Adan yang kini merupakan pemain Melaka United menjangkakan pasukan JDT untuk meneruskan dominasi dalam saingan Liga Super bukanlah perkara yang mudah walaupun mereka sudah mempertahankan kejuaran buat 5 musim berturut-turut.

Shukor Adan mengatakan beliau melihat bahawa pada musim ini nampaknya pasukan-pasukan yang bertanding membuat persiapan terbaik dan menyediakan jentera pasukan yang begitu solid. Selain daripada pemain import yang sangat berkualiti diambil oleh pasukan-pasukan bertanding.

Antara pasukan yang betul-betul membentuk pasukan mereka dengan pemain yang berkualiti tinggi adalah seperti Terengganu, Johor DT, Selangor dan Melaka sendiri menurut Shukor Adan.

Selain itu, kebanyakkan pasukan mendapat pra musim di Negara jiran untuk menguji pasukan mereka benar-benar siap untuk berlawan dalam liga super yang akan bermula tidak lama lagi.

“Saya fikir musim baharu ini akan menjadi titik kebangkitan pasukan-pasukan negeri dan Pahang sendiri membawa pulang bekas pemainnya, Dickson Nwakaeme di mana ia menunjukkan mereka juga serius untuk merebut kejuaraan Liga Super.

“Malah, pemain ternama tempatan juga lebih ramai beraksi di Liga Super yang mana taburan pemain lebih seimbang dalam Liga Super dan Liga Premier musim lalu. Jadi saya fikir persaingan kali ini akan menjadi lebih sengit jika dibandingkan musim lalu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Shukor Adan mengakui berasa terharu selepas diberikan amanah dan penghormatan untuk menjadi kapten baharu Melaka biarpun baru sahaja menyertai pasukan itu pada Disember lalu.

Justeru, dia optimis dapat melaksanakan tugas itu dengan lebih baik apabila dibantu pemain-pemain yang memiliki pengalaman menjadi kapten antaranya Safiq Rahim, Razman Roslan dan Khairul Fahmi Che Mat.

“Saya cukup bertuah kerana memiliki ramai rakan-rakan sepasukan yang sentiasa memberikan sokongan kepada saya.

“Secara peribadi, saya menganggap kehadiran Safiq, Razman, Khairul Fahmi dan pemain-pemain yang memiliki pengalaman menjadi kapten akan dapat membantu membentuk persefahaman pasukan dengan lebih baik,” tambahnya.

Melaka yang menamatkan kempen Liga Super di tangga ketujuh musim lalu, memulakan aksi menentang MIFA di Stadium Hang Jebat, Melaka (2 Februari) dan bertemu PKNS di Stadium Shah Alam pada 9 Februari ini. – Foxsport

Related Posts

Add Comment