Kedudukan Pungutan Pingat Sukan Olimpik 2024 Malaysia Terkini. Temasya Sukan Olimpik kembali lagi dimana telah memasuki edisi ke-32 yang merupakan sukan terbesar dunia yang membabitkan 206 negara termasuk Malaysia. Sukan Olimpik Musim Panas atau 2020 Summer Olympics akan berlangsung bermula daripada 23 Julai sehingga 8 Ogos 2021 di Tokyo. Edisi kali ini, Jepun dipilih menjadi tuan rumah selepas menerima bidaan paling tinggi mengatasi Madrid dan Istanbul. Sebanyak 206 negara dari semua benua yang akan mengambil bahagian dalam temasya Sukan Olimpik 2020. Acara Sukan Olimpik 2020 akan disiarkan secara langsung di saluran Astro Arena, RTM dan Unifi TV.

Pada edisi kali ini, kontinjen Malaysia akan menghantar seramai 30 atlet yang telah layak secara merit ke Sukan Olimpik Tokyo 2020. Dijangka sukan badminton, renang papan anjal dan berbasikal antara prospek penyumbang pingat emas buat kontinjen Malaysia. Pada Sukan Olimpik yang lalu, kontinjen Malaysia berjaya menghadiahkan beberapa pingat perak dan gangsa. Mampukah Malaysia mencapai sasaran pungutan pingat emas pertama dalam Sukan Olimpik 2020?
Kedudukan Pungutan Pingat Sukan Olimpik 2024 Malaysia Terkini
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Sukan Olimpik 2020 Tokyo yang memaparkan jumlah pungutan pingat emas, perak dan gangsa yang melibatkan kontinjen Malaysia :
- Tarikh Pembukaan: 23 Julai – 8 Ogos 2021
- Lokasi: Tokyo, Jepun
- Motto: Discover Tomorrow
- Mascot: Miraitowa
- Jumlah Atlet: 11,091
- Jumlah Sukan: 33
- Jumlah Acara: 339
- Pautan Live : http://sooka.my/, https://rtmklik.rtm.gov.my/tv/4, https://astrogo.astro.com.my/
Carta Pungutan Pingat Sukan Olimpik Tokyo 2020
Rank | NOC | Gold | Silver | Bronze | Total |
1 | United States | 39 | 41 | 33 | 113 |
2 | China | 38 | 32 | 18 | 88 |
3 | Japan | 27 | 14 | 17 | 58 |
4 | Great Britain | 22 | 21 | 22 | 65 |
5 | ROC | 20 | 28 | 23 | 71 |
6 | Australia | 17 | 7 | 22 | 46 |
7 | Netherlands | 10 | 12 | 14 | 36 |
8 | France | 10 | 12 | 11 | 33 |
9 | Germany | 10 | 11 | 16 | 37 |
10 | Italy | 10 | 10 | 20 | 40 |
74 | Malaysia | 0 | 1 | 1 | 2 |
Nota : Jumlah pungutan dan kedudukan pingat emas, perak dan gangsa akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
ARTIKEL BERKAITAN : Jadual Acara Sukan Olimpik Tokyo 2020
Nama Pemenang Atlet Malaysia Sukan Olimpik 2020
- Perak – Azizulhasni Awang (Men’s Keirin)
- Gangsa – Soh Wooi Yik/ Aaron Chia (Men’s doubles)
Tahniah kepada atlet negara yang berjaya menyumbangkan pingat buat kontinjen Malaysia di temasya Sukan Olimpik 2020.
BACA JUGA : Jadual dan Keputusan Sukan Olimpik 2020