Kemenangan Kedua JDT, Kuala Lumpur FA Jadi Mangsa di Larkin. Dalam aksi sulung Liga Super Malaysia 2019, skuad JDT kendalian Luciano Figueroa mengutip 3 mata pertama setelah menewaskan Perak dengan keputusan 1-0. Sekaligus, pasukan Johor Darul Ta’zim menjulang kejuaraan Piala Sumbangsih 2019 buat kali kedua berturut-turut.
Skuad JDT berdepan dengan pasukan Kuala Lumpur FA dalam perlawanan kedua Liga Super Malaysia 2019. Dalam aksi pertama, skuad The City Boys mengalami kekalahan sulung setelah ditewaskan oleh pasukan Pahang dengan keputusan 1-3. Mereka berkunjung di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos.
Kemenangan Kedua JDT, Kuala Lumpur FA Jadi Mangsa di Larkin
Nasib tidak menyebelahi skuad Kuala Lumpur lagi setelah menjadi mangsa belasahan buat pasukan JDT apabila keputusan berakhir kekalahan 1-4. Pada separuh masa pertama, JDT mendahului jaringan pertama apabila Gonzalo Cabrera menyempurnakan sepakan penalti pada minit 45+2′. Hampir keseluruhan permainan ini dikuasai oleh skuad Harimau Selatan dimana terdapat beberapa percubaan yang dihasilkan.
Masuk separuh masa kedua, tidak lama kemudian Syafiq Ahmad berjaya mencetak gol kedua pada minit ke-52. Selepas itu, bekas penyerang Buriram United, Diogo berjaya menghasilkan jaringan pertama dalam keriernya bersama JDT setelah menjaringkan gol pada minit ke-58.
Sekurang-kurangnya skuad Kuala Lumpur berjaya menghasilkan satu jaringan gol pada minit ke-77 yang disempurnakan oleh Sylvano Comvalius. Menjelang minit-minit terakhir, skuad JDT menambah derita terhadap pasukan Kuala Lumpur setelah Azrif Nasrulhaq bijak menghasilkan jaringan gol pada minit ke-89.
Kredit Foto : Johor Southern Tigers