Keputusan Kejuaraan Futsal AFF 2022 Malaysia (Carta). Bilakah Kejuaraan Futsal AFF 2022 berlangsung? Skuad futsal Malaysia kendalian, Chiew Chun Yong akan menghadapi Kejohanan Futsal AFF 2022 yang akan berlangsung pada 2 April hingga 10 April 2022 di Bangkok, Thailand. Edisi lalu, skuad Thailand adalah penyandang juara Kejuaraan Futsal AFF 2018 apabila menewaskan pasukan negara dengan keputusan 4-3. Mampukah skuad negara menebus kekecewaan pada edisi lalu? Kesemua perlawanan kejuaraan Futsal AFF 2022 akan disiarkan secara langsung di saluran Astro Arena.

Skuad futsal lelaki Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama Kemboja, Thailand, Indonesia dan Brunei. Skuad kebangsaan akan memulakan kempen peringkat kumpulan bertemu Kemboja pada 2 April, Indonesia pada 4 April, Brunei pada 5 April dan Thailand pada 6 April 2022. Tiga pasukan terbaik akan layak ke Piala Asia Futsal 2022 di Kuwait, September 2022.
Keputusan Kejuaraan Futsal AFF 2022 Malaysia (Carta)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Kejuaraan Futsal AFF 2022 termasuk memaparkan jadual perlawanan dan carta kedudukan melibatkan pasukan Malaysia :
Senarai Pemain Kejuaraan Futsal AFF 2022
Berikut adalah senarai akhir 16 pemain yang dipilih oleh ketua jurulatih futsal kebangsaan, Chiew Chun Yong :
- Azrul Hadee
- Syawal Sabaruddin
- Khairul Effendy
- Azwann Ismail
- Ekmal Shahrin
- Azri Rahman
- Abu Haniffa
- Farhan Khairul
- Ridzwan Bakri
- Saiful Nizam
- Akmarulnizam Idris
- Aidil Shahril
- Sufri Shamil
- Joshua Lee
- Firdaus Zulkifli
- Iqhmal Najmie

Jadual Perlawanan Kejuaraan Futsal AFF 2022
Berikut jadual perlawanan skuad futsal Harimau Malaya dengan kesemua perlawanan akan berlangsung di Stadium Tertutup Huamark, Bangkok :
Kejuaraan Futsal AFF 2022
PERINGKAT KUMPULAN
- 2 April 2022 : MALAYSIA lwn KEMBOJA (3.00pm TH | 4.00pm MY)
- 4 April 2022 : INDONESIA lwn MALAYSIA (3.00pm TH | 4.00pm MY)
- 5 April 2022 : MALAYSIA lwn BRUNEI (3.00pm TH | 4.00pm MY)
- 6 April 2022 : THAILAND lwn MALAYSIA (5.00pm TH | 6.00pm MY)
Kejuaraan Futsal AFF 2020
- 5 November 2018 : Malaysia 10-0 Kemboja
- 6 November 2018 : Indonesia 5-7 Malaysia
- 7 November 2018 : Malaysia 3-2 Myanmar
9 November 2018 (Semifinals)
- Malaysia 2-2 (5-4 penalties) Vietnam
- Thailand 3-2 Indonesia
11 November 2018
Final : Malaysia 2-4 Thailand
Third Place : Indonesia 3-1 Vietnam
Carta Kedudukan Kejuaraan Futsal AFF 2022
Berikut adalah carta kedudukan Kejuaraan Futsal AFF 2022 yang membabitkan pasukan Malaysia :
Pos Team W D L GF GA GD Pts
1 Malaysia 3 0 0 20 7 +13 9
2 Indonesia 2 0 1 23 8 +15 6
3 Myanmar 1 0 2 14 10 +4 3
4 Kemboja 0 0 3 2 34 – 2 0
Semoga skuad futsal membawa kejayaan dengan menjulang trofi kejuaraan tersebut.
Sumber : FAM