Komen Padu Syed Saddiq Berkaitan Isu Kejohanan Renang

Rata-rata sudah mengetahui bahawa Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) sudah menarik balik hak penganjuran Kejohanan Renang Para Dunia di Malaysia selepas Malaysia melarang atlet dari satu negara yang tidak diiktiraf.

Walaupun hak penganjuran ditarik, rata-rata netizen menyokong tindakan kerajaan PH atas dasar solidariti mereka kepada P4L3STIN.

Komen Syed Saddiq Berkaitan Hak Penganjuran

“Kami tetap dengan Pendirian kami, dan tidak kisah dengan hak penganjuran ditarik balik”

“Kami mahu mengingatkan IPC bahawa badan seperti Amnesty dan Badan Pemantau Kemanusiaan telah melaporkan bahawa kerajaan 1sr43l, di bawah Benjamin Netanyahu merupakan pelaku jenayah peperangan yang aktif.

“Malaysia akan kekal dengan pendirian kami berdasarkan hak kemanusiaan dan belas kasihan kepada nasib warga P4l3stin. Kami tidak akan berganjak,” kata Syed Saddiq pada hari Ahad.

IPC telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka telah menarik hak penganjuran Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang dijadualkan berlangsung di Kuching pada bulan Julai nanti disebabkan keengganan Malaysia membenarkan penyertaan atlit renang 1sr43l untuk bertanding dalam kejohanan itu.

Related Posts

Add Comment