Liridon Krasniqi dan Guilherme De Paula Bakal Menjadi Pemain Naturalisasi Skuad Harimau Malaya

Liridon Krasniqi dan Guilherme De Paula Bakal Menjadi Pemain Naturalisasi Skuad Harimau Malaya. Bekas pemain sensasi Kedah, Liridon Krasniqi dan penyerang import Kuala Lumpur, Guilherme De Paula antara dua nama pemain yang menjadi pilihan untuk dinaturalisasi bersama skuad Harimau Malaya.

Liridon Krasniqi dan Guilherme De Paula Bakal Menjadi Pemain Naturalisasi Skuad Harimau Malaya

Menurut Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Yusoff Mahadi menyatakan ada beberapa pemain dalam pemerhatian untuk naturalisasi yang pertamanya iaitu, Lee Tuck pemain import Terengganu FC tetapi beliau adalah pemain berdarah kacukan. Selain Lee Tuck, terdapat juga dua pencalonan seperti Liridon Krasniqi dan De Paula yang menjadi pemerhatian. Mereka ini pemain yang belum sampai (memenuhi syarat) tetapi sudah hampir (capai syarat).

Liridon Krasniqi dan Guilherme De Paula Bakal Menjadi Pemain Naturalisasi Skuad Harimau Malaya

Dalam undang-undang Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menyebut seseorang pemain bola sepak boleh mewakili negara yang berbeza sebelum berumur 21 tahun atau sekiranya melepasi had umur tersebut dibenarkan untuk mewakili negara lain dengan syarat belum mewakili negara asal.

Namun, Liridon Krasniqi dan De Paula yang beraksi selama empat musim dalam Liga Malaysia perlu bermain satu musim lagi untuk mencukupi kuota lima tahun sebelum mereka layak menjadi pemain naturalisasi negara.

Menurut perpindahan pemain terkini, kontrak Liridon bersama skuad Hijau Kuning tidak disambung lagi untuk musim depan menjadikan beliau bebas bermain di mana-mana pasukan Liga Malaysia yang berminat mendapatkan khidmatnya. Manakala Guilherme De Paula pula kekal bersama Kuala Lumpur FA.

ADAKAH KEMASUKAN PEMAIN NATURALISASI AKAN MENGGUGATKAN PEMAIN TEMPATAN?

Komen pendapat anda masing-masing!

Kredit Foto : ohmopress

Related Posts

Add Comment