Pada lewat malam ini satu majlis anugerah akan berlangsung di Senegal bagi menghargai dan memilih pemain-pemain terbaik Afrika. Anugerah ini telah wujud sejak dari 48 tahun dahulu lagi.
Dalam Majlis yang sama satu pemilihan Pemain Bola Sepak Terbaik Afrika akan dilangsungkan dan pemain yang menjadi calon untuk memenangi anugerah tersebut adalah seperti berikut
1. Mohamed Salah ( Liverpool / Mesir )
2. Sadio Mane ( Liverpool / Senegal )
3. Pierre- Emerick Aubameyang ( Arsenal / Gabon )
Jika dilihat pada senarai calon untuk anugerah ini, Salah mempunyai harapan dan peluang yang sangat besar untuk memenangi anugerah ini sekali lagi pada tahun ini.
Sekiranya Salah berjaya untuk memenangi Anugerah ini pada malam ini maka beliau merupakan satu-satunya pemain dari Mesir yang berjaya muncul selaku pemain terbaik secara berturut-turut dan ia pasti menjadi sejarah.
SEJARAH ANUGERAH PEMAIN TERBAIK AFRIKA
Untuk pengetahuan anda semua, sebelum ini pemain yang berjaya muncul untuk menjadi pemain terbaik secara berturut-turut dalam Majlis Anugerah ini ialah Yaya Toure dari Negara Ivory Coast, Samuel Eto’o dari Camerron dan ElHadji DIouf dari Negara Senegal.
MAMPUKAH SALAH MEMENANGI ANUGERAH PEMAIN TERBAIK
Jika dilihat pada prestasi semasa Salah sangat layak untuk memenangi anugerah ini. Ia lebih menyakinkan apabila salah terpilih sebagai pemain Terbaik Anjuran BBC baru-baru ini. Jadi peluangnya untuk memenangi Anugerah ini buat kali kedua bukanlah satu perkara yang mustahil.