Pahang Gagal Manfaat Kelebihan, JDT Terus Gah Kekal Di Puncak Liga. Pertembungan dua pasukan tangga teratas yang membabitkan pasukan Johor Darul Ta’zim menentang Pahang di Stadium Darul Makmur. Kedua-dua pasukan ini hanya dibezakan dengan dua mata tanpa mencatat sebarang kekalahan musim ini. Pasukan tuan rumah menarik nafas lega apabila penyerang import mereka, Dickson Nwakaeme kembali beraksi selepas berehat menentang Perak tempoh hari.
Sepak mula di Darul Makmur, Pahang menerima kejutan seawal minit ke-5 selepas Gonzalo Cabrera menyudahkan umpanan dari Leandro untuk meletakkan JDT dihadapan ketika ini. Tersentak dengan jaringan itu, skuad Tok Gajah kembali memperkemaskan permainan dengan melakukan serangan ke pintu gol lawan.
Pahang Gagal Manfaat Kelebihan, JDT Terus Gah Kekal Di Puncak Liga
Tuan rumah kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-35 selepas Harold Goulon menanduk masuk sepakan percuma oleh Saddil Ramdani. Gol daripada Cabrera dan Goulon mengikat kedudukan 1-1 di Kuantan untuk 45 minit pertama. JDT bermain dengan 10 pemain selepas Mauricio dikenakan kad kuning kedua sebentar tadi.
Sepak mula separuh masa kedua, JDT hampir mendapat jaringan kedua apabila sepakan Safawi Rasid berjaya menggegarkan palang dan nampak seperti gol tetapi dinafikan jaringan itu. Penyerang berbisa Tok Gajah, Dickson Nwakaeme gagal memberi impak kepada pasukan menyaksikan beliau dikeluarkan pada minit ke-60 dengan membawa masuk Faisal Halim.
Biarpun bermain dengan 10 pemain, JDT terus mengasak kubu Pahang dengan Safawi Rasid 1v1 namun Helmi lebih tangkas membaca percubaan beliau. Peluang keemasan oleh Pahang melalui Zuhair Aizat pada minit ke-86 namun rembatan beliau melayang keatas gawang Farizal Marlias.
64'| PERCUBAAN SAFAWI!
Biarpun bermain dengan 10 pemain, JDT terus mengasak kubu Pahang dengan Safawi Rasid 1v1 namun Helmi lebih tangkas membaca percubaan beliau.@OfficialPahang 1-1 @OfficialJohor #LigaSuper2019#MFLLive#PHGJDT pic.twitter.com/iBFxxTzJjj
— MFL LIVE (@MFL_Live) April 28, 2019
Perlawanan berakhir dengan keputusan 1-1 di Darul Makmur menyaksikan Pahang dan JDT terpaksa berpuas hati dengan 1 mata selepas jaringan dari Gonzalo Cabrera dan Herold Goulon. Pasukan Johor Darul Ta’zim kekal berada di tangga teratas Liga Super Malaysia 2019 selepas 11 perlawanan.
Kredit Foto : JST