Pahang Sekadar Seri Jumpa PJ City FC, JDT Pintas Kedudukan Pertama

Pahang Sekadar Seri Jumpa PJ City FC, JDT Pintas Kedudukan Pertama. Pahang hadir sebagai pendahulu Liga Super setakat 7 perlawanan dimana menerima kunjungan pasukan PJ City FC di Stadium Darul Makmur. Dalam perlawanan ini, penyerang bertubuh sasa Pahang FA, Dickson Nwakaeme hanya diletakkan sebagai pemain simpanan tatkala Norshahrul Idlan Talaha dan Ze Love diberi kepercayaan menerajui pimpinan barisan hadapan.

Separuh masa pertama bermula menyaksikan skuad Tok Gajah lebih dominan mengawal permainan di bahagian tengah walaupun tanpa kelibat Saddil Ramdani dan Nor Azam Azih. Walaupun begitu, bekas pemain kebangsaan, Safee Sali meletakkan PJ City FC di hadapan pada minit ke-33 dengan satu ‘lob’ cantik selepas menerima umpanan dari Serginho untuk menewaskan penjaga gol Pahang, Helmi Heliza.

Pahang Sekadar Seri Jumpa PJ City FC, JDT Pintas Kedudukan Pertama

Skuad Tok Gajah hampir mendapat jaringan namun palang menjadi penghalang buat pasukan itu melalui sepakan percuma Safuwan dan selepas itu rembatan Wan Zaharulnizam. Pasukan pelawat mendahului 1-0 di Kuantan melalui gol tunggal Safee Sali.

Pahang Sekadar Seri Jumpa PJ City FC, JDT Pintas Kedudukan Pertama

Sepak mula separuh masa kedua, skuad Tok Gajah menampilkan lebih agresif dimana banyak melakukan asakan ke kubu lawan. Akhirnya, Tok Gajah menyamakan kedudukan di Darul Makmur pada minit ke-50 selepas sepakan percuma dari Ze Love menewaskan penjaga gol PJ City FC, Muhaimin.

Pahang dan PJ City FC gagal menambah jaringan gol menyaksikan dua jaringan cantik oleh Safee Sali dan Ze Love belum cukup untuk membantu pasukan masing-masing memperoleh 3 mata penuh malam ini di Darul Makmur.

Foto Kredit : Pahang FA, MFL

Related Posts

Add Comment