Anggapan mengatakan pemain muda bakal hilang dari radar pasukan Harimau Malaya/Harimau Muda apabila pengambilan pemain natrulisasi dibuat oleh persatuan bolasepak harus ditepis kata presiden bolasepak Malaysia.
Pemain Muda Tiada Tempat, Jika Ambil Pemain Natrulisasi
Dato Hamidin Mohd Amin mengatakan pendapat demikian tidak patut kerana mereka (FAM) tidak ada cita-cita untuk mengambil ramai pemain natrulisasi kerana mereka hanya ingin merekrut beberapa nama sahaja untuk dinatrulisasikan dalam skuad Negara.
Selain daripada itu, Dato Hamidin juga menegaskan bahawa pengambilan pemain natrulisasi bukanlah tangkap muat atau asal boleh kerana katanya mereka yang ingin dinatrulisasikan harus diteliti sehabis baik selain daripada dinilai oleh beberapa orang.
“FAM ada kumpulan kajian teknikal yang akan mengkaji dan memastikan pengambilan pemain asing benar benar mendatangkan impak positif kepada negara bukan sahaja untuk jangka pendek tetapi juga untuk jangka panjang.
“Sama ada ambil seorang atau dua tiga pemain naturalisasi itu bergantung kepada kumpulan kajian teknikal kita. Kita mengikut peraturan. Sekiranya kita mengambil lima pemain naturalisasi, apakah akan menjejaskan pemain tempatan? Rasanya tidak,” kata Hamidin.
Oleh itu, pemain muda tidak perlu risau dengan perkara ini. Tetapi mereka hendaklah meningkatkan mutu permainan mereka agar dipilih masuk untuk menyarung jersi kebangaan.
Pemain natrulisasi ini hanyalah pemain untuk jangka masa pendek, demi pembangunan bolasepak tanah air. Selebihnya anak tempatan mestilah tidak mengenal erti penat untuk meningkatkan kualiti agar dapat menyumbang dalam skuad negara.
Pemain pertama Malaysia natrulisasikan adalah pemain yang kini bersama pasukan Tok Gajah, Mohamadou Sumareh yang sudah menyarung jersi Harimau Malaya beberapa kali. Ini sedikit sebanyak membantu pemain tempatan untuk bersaing ke peringkat yang lebih tinggi.
Jika pemain tempatan tidak mengambil peluang untuk berlatih dan meningkatkan prestasi mereka dengan penuh bersungguh-sungguh ia sangat merugikan kerana kita sepatutnya tidak boleh mengharapkan pemain natrulisasi sahaja untuk satu jangka masa yang panjang.