Pertembungan Sang Juara Minggu Ini

Pada 1 Mac ini akan berlangsungnya perlawanan Liga Super melibatkan pasukan Johor Darul Ta’zim menentang Selangor FA. Perlawanan ini dijangkakan akan berlangsung dengan penuh epik dan menarik kerana ini melibatkan┬ápertembungan sang juara.

Pertembungan Sang Juara Minggu Ini

Jika anda meminati bolasepak tanah air, sudah pasti anda tahu akan sejarah kedua-dua pasukan ini. Mereka ini boleh digelarkan sang juara dalam kancah bolasepak tanah Air.

Selangor sudah pasti terkenal dengan sejarah bolasepak mereka. Mereka ini adalah juara tradisi, telah banyak Piala mereka rangkul pada masa lampau mereka. Mereka sudah pasti ingin mengembalikan semula zaman kegemilangan tersebut.

Manakala Johor Darul Ta’zim pula merupakan juara baru yang telah mencipta pelbagai sejarah bolasepak tanah air. Mereka telah berjaya memperolehi 5 Piala Liga super secara berturut-turut. Sudah pasti mereka ingin terus mencengkam Piala edisi kali ini dan seterusnya.

Maka perlawanan kedua-dua pasukan pastinya ditunggu-tunggu oleh peminat kedua-dua pasukan.

Perlawanan ini boleh dikatakan perlawanan penting buat kedua-dua pasukan. Dimana SElangor kini berada dibawah liga manakala JDT tidak ingin ketinggalan mata.

JDT dengan misi 3 mata bagi mengekalkan kedudukan semasa mereka ditangga kedua berkongsi mata dengan pendahulu liga Kedah. JDT sudah pasti tidak mahu hilang mata dan kalau boleh mendapatkan jaringan yang banyak bagi memastikan mereka terus menjadi pendahulu Liga Super.

Manakala Selangor dengan misi tidak mahu terus dik3c4m oleh peminat mereka yang mana aksi mereka setakat ini masih lagi tidak mendapat sokongan padu peminat. Sehingga ada dikalangan peminat mereka berasa tidak puas hati dengan persembahan yang dipamerkan skuad The Red Giants, sampai ada menggesa jurulatih pasukan ini meletakkan jawatannya.

Maka untun minggu ini, saya merasakan perlawanan ini adalah perlawanan pilihan saya untuk ditonton. Siapakah yang lebih handal antara kedua-dua sang juara ini. Adalah Johor DT atau Selangor FA. Sama-sama kita saksikan perlawanan pada 1 Mac 2019.

Info Perlawanan

Selangor vs Johor DT | Stadium Shah Alam | 8.45 Malam

Related Posts

Add Comment