Piala FA: Kedah Buat ‘Comeback’ Menang ke Atas Selangor United 3-2. Keputusan epik di Stadium Darul Aman menyaksikan Kedah berjaya comeback dan melakar kemenangan ke atas Selangor United 3-2. Skuad kendalian Aidil Shahrin membuat sedikit perubahan pemain dimana meletakkan pemain pertahanan import, Shakir Hamzah di bahagian sayap.
Perlawanan bermula menyaksikan kedua-dua mempamerkan asakan dan merencanakan serangan. Namun begitu, pasukan pelawat membuka jaringan awal pada minit ke-9 menerusi Norhafizzuan Jailani.
Piala FA: Kedah Buat ‘Comeback’ Menang ke Atas Selangor United 3-2
Wisel ditiupkan separuh masa pertama, skuad Aidil Shahrin ketinggalan 1 gol, sudah pasti pemain Helang Merah akan memburu gol penyamaan di separuh masa kedua.
Babak kedua bermula! Rizal dan Bauman dimasukkan menggantikan Anmar dan Syazwan. Akhirnya skuad Kedah berjaya mendapat jaringan pada minit ke-54 menerusi Jonathan Bauman.
Skuad Helang Merah berjaya mengikat keputusan 2-2 dengan Selangor United selepas Zaquan Adha menjaringkan gol pada minit ke-67. Keputusan itu berakhir sehingga wisel penamat 90 minit. Masuk masa tambahan menyaksikan pemain Kedah lebih memburu jaringan gol untuk mengelakkan daripada kekalahan.
Akhirnya, jaringan Fernando Rodriguez pada minit ke-113 merupakan gol penyelamat buat pasukan Kedah. Jaringan tersebut meletakkan skuad Hijau Kuning mendahului 3-2 ke atas Selangor United.
Kedah FA berjaya comeback dengan kemenangan 3-2 ke atas Selangor United. Skuad Helang Merah berjaya layak ke Pusingan ketiga Shopee Piala FA 2019.
Foto Kredit : Kedah FA