Piala FA: Red Giants Benam Kelantan di Kota Bharu, Faiz Nasir Cetak Dua Gol

Piala FA: Red Giants Benam Kelantan di Kota Bharu, Faiz Nasir Cetak Dua Gol  Aksi perlawanan Shopee Piala FA 2019 antara Kelantan vs Selangor di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, malam ini. Skuad Red Giants berjaya membenam pasukan Kelantan 3-0 di halaman lawan. Dalam perlawanan ini menyaksikan skuad The Red Warriors tanpa penyerang import, Raul Tarragona yang meninggalkan pasukan tersebut.

Separuh masa pertama menyaksikan skuad Selangor lebih dominan menguasai perlawanan dimana dikawal oleh Amri Yahyah dan Faiz Nasir. Beberapa peluang gol boleh dihasilkan oleh skuad Selangor namun gagal mencetak jaringan. Keputusan seri terikat antara Selangor vs Kelantan sehingga 45 minit.

Piala FA: Red Giants Benam Kelantan di Kota Bharu, Faiz Nasir Cetak Dua Gol

Masuk masa kedua, kedua-dua pasukan merencanakan serangan ke kubu lawan masing-masing. Selangor mengejutkan tuan rumah, Kelantan apabila berhasil menjaringkan dua gol dalam tempoh singkat pada minit ke-61 & mit-64.

Syazwan Zainon membuka jaringan pertama pada minit ke-61 diikuti pula Faiz Nasir pada minit ke-64 membuatkan skuad Selangor mendahului 2-0 ke atas Kelantan. Skuad Kelantan gagal untuk menyamai keputusan perlawanan.

Piala FA: Red Giants Benam Kelantan di Kota Bharu, Faiz Nasir Cetak Dua Gol

Selangor menambah derita skuad The Red Warriors pada minit ke-86 menerusi Faiz Nasir. Dengan jaringan tersebut, Faiz Nasir telah berjaya menghasilkan dua jaringan pada perlawanan tersebut. Keputusan perlawanan berakhir 3-0 kemenangan ke atas Selangor di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV. Selangor layak ke pusingan seterusnya manakala Kelantan tersingkir dalam pusingan kedua Piala FA.

Foto Kredit : Kelantan Warriors, MFL

Related Posts

Add Comment