Piya Beri Amaran Kepada PFA, Lunaskan Gaji Mereka Tempoh Hanya Satu Perlawanan Sahaja!

Piya Beri Amaran Kepada PFA, Lunaskan Gaji Mereka Tempoh Hanya Satu Perlawanan Sahaja! Desas desus membabitkan tunggakan gaji pemain-pemain Perlis FA semakin hangat diperdebatkan sebelum saingan Liga Malaysia 2019 membuka tirai dimana Badhri Radzi atau Piya mengesahkan bahawa dia akan meninggalkan pasukan itu jika PFA masih gagal melunaskan gaji pemain-pemain pasukan itu yang kini sudah dua bulan ‘sangkut’.

Piya Beri Amaran Kepada PFA, Lunaskan Gaji Mereka Tempoh Hanya Satu Perlawanan Sahaja!

Jika sebelum ini pemain-pemain Northern Lions II merungut dan membuat satu wawancara tentang gaji mereka masih gagal dilunaskan sehingga kini di bawah pengurusan yang lama. Namun, pengurusan baharu Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) kelihatan nampak sama apabila gagal melunaskan pemain-pemain baharu mereka yang telah masuk dua bulan sangkut.

Piya Beri Amaran Kepada PFA, Lunaskan Gaji Mereka Tempoh Hanya Satu Perlawanan Sahaja!

Menurut Piya, dia sudah letih mendengar pelbagai janji dan alasan yang diberikan pengurusan PFA dan hanya akan memberi masa beberapa hari sahaja lagi kepada pengurusan itu untuk menunaikan janji mereka. Katanya lagi sudah dua bulan bersama Perlis FA, namun satu sen pun belum terima daripada mereka.

Menurut laporan, pengurusan berjanji akan membayar gaji tunggakan mereka pada hari Ahad ini (3 Februari 2019). Dipetik daripada Labola Malaysia, Piya berkata “Kami, pemain-pemain senior sudah sepakat hanya memberi peluang sehingga perlawanan pertama menentang UKM, malam esok. Jika selepas perlawanan itu keadaan tidak berubah, saya akan angkat kaki. Setakat ini sudah ada pihak yang mahu membantu saya menyertai pasukan lain. “

Persatuan Bolasepak Perlis sebelum ini berjanji akan melunaskan gaji pertama pemain-pemain Northern Lions 2019 bagi bulan Disember pada 7 Januari lalu, namun pengurusan memaklumkan berlaku sedikit kelewatan dan berjanji menyelesaikan dua bulan gaji pada 27 Januari 2019.

Piya Beri Amaran Kepada PFA, Lunaskan Gaji Mereka Tempoh Hanya Satu Perlawanan Sahaja!

Namun, ia masih dimungkiri lagi dan mereka menyatakan menerima gaji selewat-lewatnya sebelum perlawanan pertama antara Perlis menentang UKM FC pada 3 Februari ini.

Admin berharap kemelut tunggakan gaji dalam kem Perlis FA dapat diselesaikan dengan baik dan berharap pemain-pemain Perlis dapat mempamerkan aksi terbaik dalam saingan Liga Perdana 2019.

Kredit Foto : NorthernLions Perlis

Sumber : Foxsport Asia

Related Posts

Add Comment