PJ City Kejutkan Pahang 2-0, Kekalahan Pertama Tok Gajah di Liga Super. Perlawanan menarik antara Pahang menentang PJ City FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya menyaksikan pasukan Tok Gajah masih kekal di kedudukan kedua Liga Super Malaysia 2019. Dalam perlawanan ini pasukan Pahang hadir di Kelana Jaya tanpa kelibat tonggak utama mereka, Dickson Nwakaeme dan Safuwan Baharudin dimana digantikan dengan Wan Zaharulnizam dan Norshahrul Idlan Talaha.
Sepak bola bermula menyaksikan skuad pelawat lebih mendominasi permainan dan memberi asakan di pintu gol lawan. Namun sekali sekala hantaran-hantaran jauh daripada pemain PJ City FC hampir memerangkap barisan pertahanan Tok Gajah.
PJ City Kejutkan Pahang 2-0, Kekalahan Pertama Tok Gajah di Liga Super
Sepakan percuma dari Herold Goulon hampir meletakkan pasukan Pahang di hadapan namun ditepis keluar oleh penjaga gol PJ City FC, Muhaimin. Namun, pasukan tuan rumah mengejutkan Pahang di Kelana Jaya selepas ‘debut goal’ dari Pedro Hendrique Cortes meletakkan PJ City FC dihadapan pada minit ke-30.
30'| GOL PEDRO!
Pasukan tuan rumah mengejutkan Pahang di Kelana Jaya selepas 'debut goal' dari Pedro Hendrique Cortes meletakkan PJ City FC dihadapan!
PJ City FC 1-0 @OfficialPahang #LigaSuper2019#MFLLive#PJCPHG pic.twitter.com/J5WDdjZYXn
— MFL LIVE (@MFL_Live) May 4, 2019
Baki 45 minit kedua bermula menyaksikan skuad kendalian Dollah Saleh berusaha untuk menyamai kedudukan dimana mereka ketinggalan 0-1 ketika itu. Lagi sekali PJ City FC memanfaatkan peluang yang dimiliki apabila Serginho menyudahkan peluang mudah pada minit ke-56 untuk menewaskan penjaga gol Pahang, Helmi Eliza.
Tersentak dengan jaringan kedua itu, skuad Pahang terus kembali memperkemaskan permainan dan berusaha mencari gol pertama dalam perlawanan ini. Norshahrul Idlan Talaha hampir menjaringkan gol pertama namun penjaga gol PJ City, bijak menangkap bola itu. Walaupun 10 minit terakhir Pahang lebih melakukan serangan namun jaringan gagal diterjemahkan.
Gol dari Pedro Henrique dan Serginho memberi kelebihan kepada tuan rumah untuk mengatasi Pahang di Kelana Jaya pada malam ini. Pasukan Pahang terpaksa akur dengan kekalahan pertama dalam Liga Super Malaysia musim ini dan memberikan kelebihan kepada pencabar, Johor Darul Ta’zim.
Foto Kredit : MFL