PJ City Lakukan ‘Comeback’ Sempurna, Benam Terengganu FC 5-3!. Dalam perlawanan ke-13 Liga Super di antara pasukan Terengganu FC menentang PJ City FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu. Pasukan PJ City FC melakukan magis dimana bangkit semula pada separuh masa kedua untuk membenam Sang Penyu di Kuala Terengganu.
Terengganu FC turun dengan memberikan debut kepada dua pemain baharu iaitu Wan Amirzafran dan Nabil Latpi. Sepak bola bermula menyaksikan pasukan tuan rumah lebih mendominasi permainan dengan melakukan serangan ke pintu gol lawan. Skuad Penyu kini berada 1-0 di hadapan menentang PJ City pada minit ke-10, ekoran jaringan kelima Tchetche Kipre di pentas Liga Super Malaysia musim ini.
PJ City Lakukan ‘Comeback’ Sempurna, Benam Terengganu FC 5-3!
Pasukan Terengganu FC terus mengasak ke pintu gol PJ City FC. Akhirnya pasukan tuan rumah menambah jaringan kedua menerusi Nabil Latpi pada minit ke-17. Bekas pemain Ultimate FC itu menjaringkan gol pertama beliau untuk Terengganu bagi menggandakan kelebihan mereka.
Selang dua minit kemudian, skuad Irfan Bakti terus mengganas di Kuala Terengganu apabila Ashaari Shamsudin menyudahkan gerakan balas yang cukup pantas untuk meletakkan Terengganu 3-0 di hadapan selepas hanya 19 minit. Tersentak jaringan itu, pasukan pelawat ada melakukan serangan balas namun gagal menghasilkan jaringan pertama di Kuala Terengganu.
19' | GOL ASHAARI!
Skuad Irfan Bakti terus mengganas di Kuala Terengganu! Ashaari Shamsudin menyudahkan gerakan balas yang cukup pantas untuk meletakkan Terengganu 3-0 di hadapan selepas hanya 19 minit!@FCTerengganu 3-0 PJ City FC#LigaSuper2019#TERPJC pic.twitter.com/rQll8mzifv
— MFL LIVE (@MFL_Live) May 14, 2019
Masuk separuh masa kedua menyaksikan pemain import PJ City FC, Elizeu mengurangkan defisit gol PJ City kepada 2 gol selepas mudah menampan masuk menewaskan penjaga gol Terengganu FC, Suffian Rahman. Tersentak jaringan itu PJ City seakan mendapat aura atau magis apabila Pedro Hendrique meletakkan jaringan kedua malam ini melalui satu ‘flick’ cantik.!
Pada minit yang sama Pedro Hendrique gol, kebangkitan oleh PJ City FC disempurnakan oleh Washington selepas melakukan larian baik dan melepaskan ledakan kencang menewaskan Suffian Rahman! Comeback is on. Jaringan itu meletakkan kedua-dua pasukan dengan keputusan 3-3.
57'| GOL WASHINGTON!
Kebangkitan oleh PJ City FC disempurnakan oleh Washington selepas melakukan larian baik dan melepaskan ledakan kencang menewaskan Suffian Rahman! Comeback is on!@FCTerengganu 3-3 PJ City FC#LigaSuper2019#MFLLive#TERPJC pic.twitter.com/woqwBUB28y
— MFL LIVE (@MFL_Live) May 14, 2019
PJ City pula mendahului ketika ini di Kuala Terengganu selepas Zamri Ramli melepaskan rembatan jarak dekat menewaskan Suffian Rahman pada minit ke-77. Ternyata perlawanan ini seakan memihak kepada PJ City apabila Pedro Henrique menambah duka Sang Penyu selepas hantaran dari Washington singgah tepat ke kepala beliau untuk gol ke-5 PJ City.
Keputusan 5-3 yang memihak kepada pasukan PJ City FC kekal sehingga wisel ditiupkan. PJ City bangkit dari ketinggalan 3-0 untuk mengatasi Terengganu 3-5 dalam perlawanan penuh gol di Kuala Terengganu.
Foto Kredit : MFL