Top 5 Raket Badminton Terbaik Untuk Dibeli 2019

Top 5 Raket Badminton Terbaik Untuk Dibeli 2019. Anda penggemar sukan badminton? Sudah pastinya anda ingin memiliki raket yang terbaik untuk digunakan. Apakah raket badminton terbaik masa kini? Seperti anda ketahui, badminton merupakan sejenis sukan yang menggunakan raket dan bulu tangkis yang dimainkan sama ada perseorangan atau beregu. Untuk membuat pemilihan raket sebelum itu anda perlu ketahui beberapa aspek iaitu jenis bentuk (frame), material, berat, saiz grip, stiffness dan balance point. Berikut arenasukan kongsikan 5 raket badminton terbaik sebagai rujukan buat pengguna.

Top 5 Raket Badminton Terbaik Untuk Dibeli 2018

Top 5 Raket Badminton Terbaik Untuk Dibeli 2019

Berikut dikongsikan adalah senarai raket badminton terbaik dan sesuai digunakan oleh pemain badminton :

1. Yonex Arcsaber 11

Top 5 Raket Badminton Terbaik Untuk Dibeli 2018

Raket ini antara paling banyak permintaan dan digunakan oleh atlet badminton. Ia jauh lebih mudah digunakan dan datang dengan penolakan yang lebih baik. Raket ini banyak persamaan dengan Arcsaber 10 tetapi ia lebih baik dari segi kawalan dan memberi keselesaan kepada pengguna.

Antara pemain yang menggunakan raket ini adalah Victor Axelsen, Kashyap Parupalli dan Marc Zweibler.

2. Yonex Duora 10

Top 5 Raket Badminton Terbaik Untuk Dibeli 2018

Kredit : tennisnuts

Yonex Duora 10 dianggap antara raket terbaik masa kini. Raket ini adalah inovasi terbaru dari Yonex dan raket ini telah menjadi sangat popular dengan cepat kerana keunggulan rekaannya. Tidak seperti raket lain, raket ini mempunyai sisi punggung dan sisi pandang depan dengan bentuk yang berbeza. Walau bagaimanapun, Yonex Duora 10 bukanlah salah satu raket terpantas apabila dibandingkan dengan Nanospeed 9900 yang sangat pantas.

Antara pemain yang menggunakan raket ini adalah Lee Chong Wei, Vladimir Ivanov, Chou Tien Chen, Kim Astrup dan ramjai lagi.

3. Victor Bravesword 12

Top 5 Raket Badminton Terbaik Untuk Dibeli 2018

Raket ini boleh dipanggil raket beregu yang sempurna. Victor sendiri akui raket ini sesuai bagi pemain beregu bukannya pemain perseorangan. Raket ini dapat memberikan keselesaan kepada si pemain untuk melakukan smash, driving dan bertahan. Untuk pengetahuan, Lee Yong Dae adalah pengguna tegar raket ini.

4. Yonex Voltric 80

Top 5 Raket Badminton Terbaik Untuk Dibeli 2018

Kredit : sports365

Raket Yonex Voltric 80 adalah salah satu inovasi terbaru dari Syarikat badminton Jepun Yonex. Raket ini menggunakan teknologi ‘grommet’ yang mudah ditanggalkan. Grommet akan mempengaruhi berat raket itu dimana ia bergantung kepada pemain sama hendak memakainya atau menanggalkan. Secara umumnya, raket ini lebih sesuai kepada pemain perseorangan sahaja kerana ia

kelihatan agak besar dan perlahan apabila anda memegangnya di tangan anda.

Antara pemain yang menggunakan raket ini adalah Jon O Jorgensen dan Praveen Jordan.

5. Yonex Voltric Z Force 2

Top 5 Raket Badminton Terbaik Untuk Dibeli 2018

Kredit : badmintonalley

Datuk Lee Chong Wei adalah penggemar raket Yonex Voltric Z Force 2 yang menggambarkan raket ini sebagai “raket Fast and Powerful”. Ini adalah antara raket paling fleksibel yang terdapat di pasaran. Raket ini mempunyai aci (shaft) nipis dalam sejarah Yonex. Versi baru ini lebih langsing di kepala dan batang.

Tetapi saya yakin bahawa kini ia mempunyai ketebalan yang sama dengan batang Yonex LD Force. Banyak pemain Badminton profesional yang menggunakan raket ini dan yang menceritakan betapa baiknya raket ini.

Antara pemain yang pernah menggunakan raket ini adalah Lee Chong Wei, Lin Dan, Chong Wei Feng, Srikath Kidambi dan Kento Momota.

INFO BERKAITAN : Tips Memilih Raket Badminton TerbaikĀ 

Semoga perkongsian tentang raket badminton terbaik ini dapat dijadikan panduan buat pemain Badminton. Manakah pilihan anda yang disenaraikan di atas? Jika anda ada pandangan atau review tentang raket pilihan anda, sila komen di bahagian yang disediakan.

Sumber : Sticksmash

Related Posts

Add Comment