Ramalan Kesebelasan Utama Perak vs Kitchee SC Kelayakan ACL 2019. Menjelang perlawanan kelayakan Liga Juara-Juara AFC 2019 membabitkan pasukan wakil negara iaitu Perak FA yang bakal menentang Kitchee SC di Stadium Perak, Ipoh pada 12 Februari 2019. Sudahkah anak buah kendalian Mehmet Durakovic bersedia untuk menentang kelab dari Hong Kong, Kitchee SC di halaman sendiri?
Berdasarkan perlawanan sebelum-sebelum ini, skuad The Boss Gaurus hanya mencatat satu mata setelah tewas dengan pasukan Johor Darul Ta’zim dan sekadar seri dengan Kedah FA. Agak sukar buat pasukan Perak yang bakal berdepan dengan pasukan Kitchee SC yang mempunyai beberapa pemain berkaliber termasuk pemain naturalisasi seperti Jordi Torres, Dani Cancela dan Helio.
Ramalan Kesebelasan Utama Perak vs Kitchee SC Kelayakan ACL 2019
Pasukan Perak bakal kehilangan beberapa pemain antaranya Nazirul Naim dan Norhakim Hassan yang masih belum pulih daripada kecederaan yang dialami ketika menentang Kedah FA tempoh lalu. Selain itu, pemain import Zac Anderson turut bakal terlepas selepas digantung satu perlawanan ketika beliau menyarung jersi kelab Australia, Sydney FC.
Ini merupakan ramalan kesebelasan utama skuad Perak menentang Kitchee SC dalam aksi kelayakan Liga Juara-Juara AFC 2019 pada 12 Februari 2019.
Semoga skuad Perak dapat mempamerkan aksi terbaik berdepan dengan Kitchee SC di hadapan penyokong sendiri.
Kredit Foto : Foxsport Asia, Kitchee SC