Si “Setan Merah” Akhirnya Dimalukan Digelanggang Sendiri

Kegemilangan Si “Setan Merah” atau The Red Devil akhirnya berakhir pada perlawanan ke-13 dibawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer. Kekalahan ini lebih perit apabila tewas pada aksi pertama di gelangang sendiri peringkat 16 terakhir Liga Juara-juara.

Itulah nasib si Setan Merah yang terpaksa akur dengan kehebatan pasukan lawan Paris Saint Germain (PSG).

Dari awal perlawanan Manchester United nampak longlai dan PSG seperti biasa membuat serangan demi serangan walaupun dapat dipatahkan sehinggalah tamat perlawanan masa pertama kedua-dua pasukan gagal menjaringkan 1 gol.

Di babak kedua PSG membuka jaringan pada minit ke 53″ menerusi Presnel Kimpembe, seterusnya kurang dari 10 minit Kylian Mbappe menambah jumlah jaringan pada minit ke 60.

Lebih hambar lagi, skuad kendalian pengendali sementara Manchester United ini kehilangan pemain penting mereka Paul Pogba selepas dilayangkan kad merah pada minit akhir perlawanan.

Ini sudah pasti membuatkan mereka semakin tertekan untuk ke Paris bulan depan tanpa pemain bintang mereka itu.

Solskjaer mengakui bahawa United, yang hanya melakukan satu percubaan tepat dalam aksi penuh longlai, memiliki kualiti yang jauh ketinggalan berbanding pasukan seperti juara Perancis itu.

“Hari ini adalah kejutan realiti bagi kami dari aspek tahap dengan pasukan utama. Mereka memiliki momentum selepas gol pertama dan mengawal perlawanan,” kata Solskjaer.

“Anda boleh lihat sudah lama kami tidak bermain pada tahap seperti ini dan perlu belajar.

“Ia satu pengalaman yang boleh memberi kesan positif atau sebaliknya, bukannya penentu pencapaian musim ini, jika kita mahu belajar daripadanya.

Penyingkiran Pogba adalah kemuncak aksi kurang bermaya daripada pemain yang membawa pengaruh besar terhadap kebangkitan United di bawah kendalian Solskjaer.

Malah kecederaan Jesse Lingard dan Anthony Martial tidak membantu aksi United dan Solskjaer mengakui kehilangan kedua-dua pemain itu satu tamparan hebat buatnya. – HM

Related Posts

Add Comment