Skuad Helang Merah Ikat Harimau Selatan di Darul Aman

Skuad Helang Merah Ikat Harimau Selatan di Darul Aman. Perlawanan sengit antara Kedah dengan Johor Darul Ta’zim berakhir dengan keputusan seri 1-1 di Stadium Darul Aman, Alor Setar. Dikhabarkan stadium ini dipenuhi 25,000 penyokong Hijau Kuning yang menjadi pemain ke-12 di belakang pasukan tersebut. Separuh masa pertama, pengendali JDT tidak membawa masuk bekas pemain sensasi Kedah, Akhyar Rashid dimana Safawi Rasid menjadi pilihan kesebelasan malam ini.

Sebaik sahaja wisel perlawanan ditiup, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan di kubu pertahanan masing-masing. Skuad Helang Merah jelas dilihat menghadapi tekanan yang sangat tinggi di awal permainan apabila gol pertama malam ini dijaringkan oleh Safawi Rasid pada minit ke-10 melalui sepakan percuma.

Skuad Helang Merah Ikat Harimau Selatan di Darul Aman

Jaringan cantik tersebut menjadikan dua gol buat Safawi melalui sepakan percuma pada minggu ini selepas melakukan perkara yang sama ketika menentang Laos dalam saingan Kelayakan Kejuaraan B-23 AFC 2020. Penjaga gol Kedah, Ifwat gagal menahan bola sepakan Safawi yang mengelirukan benteng pertahanan Helang Merah.

Skuad Helang Merah Ikat Harimau Selatan di Darul Aman

Tempo perlawanan malam ini pada separuh masa pertama agak terganggu disebabkan beberapa keputusan daripada pengadil perlawanan. Menyaksikan beberapa pemain Kedah dilayangkan kad kuning tanpa menerima sebarang amaran di atas kesalahan yang dilakukan terhadap pemain lawan.

Hijau Kuning menyamakan kedudukan pada minit ke-30 selepas Fernando Rodriguez menanduk masuk dengan baik selepas sedikit kekalutan di hadapan gol JDT. Keputusan ini berakhir dengan 1-1 pada separuh masa pertama.

Masuk separuh masa kedua, kedua-dua pasukan terus memberi tekanan ke atas satu sama lain. Yang menariknya malam ini disajikan dengan kemasukan pemain gantian, Aidil Zaquan dan kembarnya, Zaquan Adha pertengahan babak kedua.

Pemain muda kebangsaan, Akhyar Rashid turut dimasukkan pada babak-babak akhir dimana dia sebelum ini dipalit isu perpindahan ke pasukan Harimau Selatan.

Tamat perlawanan di Darul Aman dengan kedua-dua pasukan berpuas hati dengan 1 mata. Gol JDT dijaringkan oleh Safawi Rasid manakala gol Kedah terhasil melalui Fernando Rodriguez. JDT masih kekal di kedudukan pertama selepas mengharungi 7 perlawanan saingan Liga Super 2019.

Foto Kredit : JST

Related Posts

Add Comment