Skuad Helang Merah Tumbang Di Cheras, KL Catat Kemenangan Pertama

Skuad Helang Merah Tumbang Di Cheras, KL Catat Kemenangan Pertama. Pasukan Kuala Lumpur berjaya mengatasi skuad Helang Merah 2-1 di Stadium Darul Aman sebentar tadi. Kedah turun ke stadium untuk berentap dengan pasukan tangga tercorot, Kuala Lumpur FA. Sepak bola bermula menyaksikan skuad Kedah kendalian Aidil Sharin lebih dominan mengawal permainan dan merencanakan serangan ke kubu pasukan lawan.

Namun, pasukan Kuala Lumpur mendapat gol pertama dalam perlawanan antara Kedah vs Kuala Lumpur selepas Luke Woodland menanduk bola ke dalam gawang gol Hijau Kuning. Bermula daripada situasi tendangan percuma yang diambil oleh Paulo Josue berjaya mencari Luke dan menyudahkan dengan sempurna untuk jaringan pendahuluan di Darul Aman.

Skuad Helang Merah Tumbang Di Cheras, KL Catat Kemenangan Pertama

Tersentak dengan jaringan itu, pasukan Kedah meningkatkan tempo permainan dan melakukan asakan ke kubu pasukan lawan. Namun serangan itu gagal disempurnakan dengan baik oleh pemain Helang Merah dan sekali sekala skuad City Boys melakukan serangan balas ke kubu Kedah.

Skuad Helang Merah Tumbang Di Cheras, KL Catat Kemenangan Pertama

Gol penyamaan Kedah hadir pada minit ke-31 selepas Fernando Rodriguez menjaringkan gol berpunca daripada bola sepakannya muntah dan singgah tepat di kaki beliau. Jaringan tersebut membuatkan skuad tuan rumah menyamai kedudukan 1-1.

Masuk separuh masa kedua, selang beberapa minit kemudian, penyerang import Kuala Lumpur Guilherme de Paula berjaya mencetak jaringan gol dan meletakkan Kuala Lumpur di hadapan menentang Kedah. Jaringan tersebut merupakan jaringan pertama Guilherme de Paula dalam Liga Super musim ini.

Pada perlawanan ini diadili oleh pengadil bertaraf FIFA dari Maldives. Pada minit 10 terakhir permainan agak tegang dimana kedua-dua pasukan dalam keadaan tertekan. Pasukan tuan rumah tertekan untuk mencari gol penyamaan namun gagal sehingga wisel penamat ditiup.

Pasukan Kuala Lumpur berjaya mempertahankan keputusan 2-1 sehingga masa 90 minit tamat. Dengan keputusan tersebut menyaksikan Kuala Lumpur melakar kemenangan pertama daripada 7 perlawanan.

Foto Kredit : MFL

Related Posts

Add Comment