Tips Memilih Kasut Futsal Terbaik & Sesuai

Tips Memilih Kasut Futsal Terbaik & Sesuai. Futsal antara sukan pilihan ramai tidak kira remaja atau dewasa dan lelaki atau perempuan. Futsal ia seakan seperti sukan bolasepak tetapi perbezaan antara keduanya adalah padang bola sepak menggunakan gelanggang yang besar berbanding futsal yang kecil. Bagaimana anda memilih kasut futsal? Adakah anda akan memilih kasut futsal yang mahal atau cantik? Tak dinafikan harga juga memainkan peranan yang penting untuk pemilihan kasut futsal yang hendak dibeli. Tetapi terdapat beberapa aspek lain yang diambilkira seperti material kasut, kekukuhan kasut, limited edition dan sebagainya. Berikut kongsikan tips memilih kasut futsal terbaik.

Tips Memilih Kasut Futsal Terbaik & Sesuai

Tips Memilih Kasut Futsal Terbaik & Sesuai

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang cara memilih kasut futsal yang terbaik :

1. Bentuk kaki

Ada orang kaki wide, ada yang normal dan ada juga narrow. Oleh itu, harus dipertimbangkan jika saiz kaki anda tidak sepadan dengan kasut tersebut, ia boleh memberi kesan kepada permainan anda semasa bermain futsal. Dengan pemilihan kasut futsal yang tepat sebenarnya sangat penting untuk mendapat keselesaan maximum.

2. Saiz

Anda haruslah mengenali panjang dan lebar saiz kaki anda sebelum membuat keputusan untuk membeli kasut futsal. Anda mungkin meminati kasut futsal keluaran terbaru daripada jenama-jenama besar.

3. Ringan

Pilih kasut futsal yang ringan mengikut kesesuaian diri sendiri untuk memudahkan anda mengawal bola.

4. Material kasut

Kasut anda diperbuat daripada material apa juga memainkan peranan penting dalam pemilihan kasut. Kasut yang diperbuat daripada kulit kangaroo akan mengecut mengikut saiz kaki anda setelah beberapa kali digunakan.

INFO BERKAITAN : Senarai Kasut Futsal Terbaik Dibeli

Related Posts

Add Comment