Ukays Ucap Terima Kasih Akhyar, Farizal Popularkan Lagu ‘I Love You I Miss You’. Masih anda ingat sebelum berlangsungnya perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia bertemu Vietnam, bekas pemain Kedah FA, Akhyar Rashid dan penjaga gol kebangsaan, Farizal Marlias tampil di dalam satu video memaparkan mereka menyanyikan sebuah lagu berjudul ‘I Love You I Miss You’.

Lagu itu yang dinyanyikan oleh mereka berdua merupakan lagu daripada kumpulan Ukays dan telah mencuit hati para penonton. Menyaksikan di ruangan komen nyanyian mereka, ramai netizen yang bertanyakan tentang judul lagu berkenaan.
Ukays Ucap Terima Kasih Akhyar, Farizal Popularkan Lagu ‘I Love You I Miss You’
Disebabkan nyanyian lagu ‘I Love You I Miss You’ daripada Akhyar dan Farizal menyaksikan video rasmi lagu tersebut telah mencatatkan angka 7.5 juta tontonan. Rata-rata yang memberi komen menonton lagu ini disebabkan nyanyian kedua-dua pemain itu.
Sudah pastinya ia memberi khabar gembira kepada kumpulan Ukays sendiri. Mereka amat berterima kasih kepada Akhyar dan Farizal dimana ia membantu lagi mereka tular dan mendapat sambutan ramai.
Menurut kenyataan daripada Harian Metro, “Tiada apa boleh saya ucapkan kecuali terima kasih kepada kedua-duanya kerana mencetuskan trending dan tular untuk lagu I Love You, I Miss You.” “Tidak dinafikan jumlah peningkatan sekarang amat mendadak dan kami tak sangka boleh mencecah jumlah setinggi ini.”
Sebagai menghargai kedua-dua pemain itu ketua kumpulan Ukays, Amy telah mengajak Akhyar dan Farizal untuk bersama-sama merakamkan lagu ‘I Love You I Miss You’ di studio.
Menurut makluman, kedua-dua pemain itu telah menyatakan persetujuan tetapi tarikh untuk rakaman masih tidak ditetapkan lagi kerana Akhyar dan Farizal sibuk dengan persiapan pra-musim bersama pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT).
Sumber : Harian Metro