Dalam perlawanan Bolasepak selain daripada aksi yang dramatik ditunggu-tunggu juga adalah aksi yang mencuit hati. Ini disebabkan apabila ada sahaja kesilapan yang kelakar dibuat oleh seseorang pemain dalam perlawanan bola sepak pasti ia akan menjadi bahan untuk beberapa hari daripada peminat.
Berikut kami kongsikan aksi kelakar pertama dalam kejohanan Piala Asia yang baru sahaja memulakan kempennya pada tahun ini. Kesilapan penjaga gol Kyrgzstan menampar bola masuk kedalam gawangnya sendiri menjadikannya bahan gelak ketawa peminat bola seluruh Asia.
VIDEO PENJAGA GOL KYRGZTAN BUAT GOL SENDIRI
Untuk pengetahuan anda Kyrgzstan pada kejohanan Piala Asia edisi 2019 ini merupakan menampilan pertama mereka. Dan pada perlawanan pertama mereka menentang China mereka terlebih dahulu mengejutkan China dengan jaringan awal. Sebelum mereka diikat satu sama selepas gol “yang dikatakan kelakar” itu dibuat.
Keputusan penuh China berjaya mengalahkan mereka dengan keputusan 2-1. Apa-apapun jangan bersedih wahai Pavel Martiash ( penjaga gol ). Good luck untuk game berikutnya.