(Video) Gol Minit Akhir Iraq Musnahkan Harapan Vietnam, Keputusan Penuh Iraq 3-2 Vietnam

Peminat bolasepak tanah air sudah pasti melihat kebangkitan pasukan Vietnam sejak akhir-akhir ini apabila mereka beberapa kali mencipta sejarah bola sepak mereka. Ditambah dengan rasa pedih apabila skuad Harimau Malaya tewas kepada pasukan ini pada Final AFF Suzuki yang lepas.

Kebangkitan Vietnam dalam sukan Bolasepak diteruskan dalam kejohanan Asia 2019. Mereka turun pada perlawanan pertama dalam kumpulan D menentang pasukan Iraq semalam di Stadium ZSC Stadium.

Video tampak yakin diawal perlawan apabila mereka berjaya merobek gawang pasukan Iraq pada minit 24 disebabkan gol sendiri pasukan lawan. Sebelum jaringan itu disamakan oleh Muhanad Ali pada minit ke-35 perlawanan.

Tidak mudah putus asa, vietnam meneruskan asakan sebelum waktu rehat bermula dan hasilnya jaringan gol kedua mereka berjaya lakukan pada minit 42 menerusi Nguyen Chong Phuong.

Bermulanya babak kedua, Iraq memulakan penguasaan padang dan hasilnya mereka berjaya menyamakan sekali lagi kedudukan semasa pada minit ke 60 melalui gol Humam Tariq. Selepas itu, kedua-dua pasukan melakukan gerakan dan mencari idea untuk menembusi gol pihak lawan masing-masing. Sayangnya kedua-dua pasukan gagal untuk membolosi gawang lawan masing-masing sehinggalah pada minit ke 90.

Pada minit ini pemain vietnam melakukan kesilapan apabila menarik pemain Iraq sehingga jatuh diluar kotak penalti dan mengakibatkan Iraq diberikan sepakan percuma berhampiran kotak penalti.

Tanpa mempersia-siakan peluang yang terhilang, Ali Adnan dengan tenang membuat satu plessing ke buju gawang gol Vietnam dan bola itu tidak terjangkau oleh penjaga gol vietnam dan ini membuatkan Iraq mengatasi pasukan Vietnam 3-2 sehingga tamat perlawanan.

VIDEO DAN JARINGAN GOL IRAQ VS VIETNAM DI PIALA ASIA 2019

Source video : Goal

Related Posts

Add Comment