ACL 2019: Gol Tunggal Syafiq Ahmad Benam Juara Bertahan, Kashima Antlers

ACL 2019: Gol Tunggal Syafiq Ahmad Benam Juara Bertahan, Kashima Antlers. Tiada istilah mustahil dalam sukan bolasepak. Pasukan Johor Darul Ta’zim baru sahaja menumbangkan bekas juara Liga Juara-Juara AFC musim lalu, Kashima Antlers di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin. JDT berhadapan dengan Kashima Antlers dalam aksi kelima ACL 2019 dimana skuad Luciano Figueroa tidak menurunkan penyerang utama, Diogo Luis Santo.

Sepak mula separuh masa pertama menyaksikan pasukan pelawat melakukan ancaman ke kubu pintu gol JDT. Namun rembatan Taiki Hirato tersasar daripada menembusi gawang gol. Beberapa minit kemudian, JDT pula mengancam kubu lawan namun tandukan Shafiq Ahmad daripada sepakan percuma tidak menepati sasaran.

ACL 2019: Gol Tunggal Syafiq Ahmad Benam Juara Bertahan, Kashima Antlers

Kashima Antlers hampir mencipta jaringan pertama menerusi Leo Silva tetapi pemain import itu ditampan kemas oleh penjaga gol Johor Darul Ta’zim, Izham Tarmizi. Beberapa percubaan daripada pasukan pelawat berjaya dipatahkan oleh barisan pertahanan JDT. Keputusan 0-0 kekal sehingga separuh masa pertama tamat.

Sambung masa kedua, pasukan tuan rumah mula merencanakan serangan ke pintu gol lawan apabila Safawi Rasid melakukan serangan balas diakhiri dengan percubaan Syafiq Ahmad yang sekadar menggegarkan jaring. Pasukan pelawat hampir mencipta gol pertama menerusi Sho Ito apabila berjaya melepasi perangkap offside namun dihadang oleh Izham Tarmizi.

Safawi Rasid hampir menambah jaringan buat pasukan Harimau Selatan namun peluang itu gagal dimanfaatkan sebaiknya apabila tendangannya dinafikan penjaga gol lawan. Kedudukan 1-0 kekal sehingga wisel ditiupkan.

Pasukan JDT berjaya kemenangan sulong dalam saingan ACL 2019. JDT berjaya mengutip 4 mata daripada 5 perlawanan dalam Liga Juara-Juara AFC 2019.

FOTO KREDIT : JST

Related Posts

Add Comment