ACL 2019: JDT Pilih Laluan Sukar, Jumpa Shandong Luneng di Larkin. Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menempuh laluan berliku apabila tewas kepada wakil China, Shandong Luneng 1-2 pada aksi ketiga Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2019 di Pusat Sukan Olimpik Jinan, sebentar tadi. Pasukan JDT harus diberikan pujian pada perlawanan ini apabila berjaya menguasai hampir 90 minit perlawanan walaupun terpaksa berhadapan dengan ribuan penyokong tuan rumah.
Pasukan tuan rumah dilihat lebih bijak mengambil peluang walaupun pasukan JDT lebih dominan mengawal bola pada separuh masa pertama apabila bekas pemain Manchester United, Marouane Fellaini berjaya menanduk gol pertama pada minit 30. Pemain ini menggunakan kelebihan ketinggiannnya untuk menanduk bola daripada umpanan rakan pasukannya lalu menerjah gawang
ACL 2019: JDT Pilih Laluan Sukar, Jumpa Shandong Luneng di Larkin
Shandong berjaya menambah defisit dua gol apabila dihadiahkan sepakan penalti selepas pertahanan JDT, Mohamad Aidil Zafuan mengasari Graziano Pelle untuk kedudukan 2-0 pada minit 39.
Masuk separuh masa kedua, jurulatih Shandong Luneng memperlahankan permainan menyaksikan skuad Harimau Selatan memanfaatkan peluang itu dengan jaringan gol cantik menerusi Safawi Rasid pada minit 59.
Peluang JDT untuk menyamakan keputusan 2-2 terbantut apabila sepakan percuma daripada Gonzalo Cabrera sekadar singgah di palang. Keputusan 2-1 kekal hingga wisel penamat memihak kepada pasukan tuan rumah. Dengan kekalahan tersebut menyaksikan JDT kini menghuni tangga tercorot kumpulan E bersama Kashima Antlers, Gyeongnam FC dan Shandong Luneng.
JDT sekurangnya perlu menang pada tiga lagi baki perlawanan untuk menghidupkan peluang mara ke pusingan kedua AFC Champions League 2019. Skuad kendalian Luciano Figueroa bakal berdepan dengan Shandong Luneng pada 24 April nanti di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin, Johor.
Foto Kredit : JST