ACL 2019: Jaringan Pelle, Fellaini Hampakan JDT di Jinan, Shandong Luneng Bermandi Peluh!

ACL 2019: Jaringan Pelle, Fellaini Hampakan JDT di Jinan, Shandong Luneng Bermandi Peluh! Shandong Luneng hanya menewaskan JDT dengan keputusan 2-1 di Jinan sebentar tadi. Walaupun pemain Shandong Luneng memiliki pemain bintang Eropah, namun mereka gagal menambah jaringan pada separuh masa kedua. Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim hadir di Jinan Olympics Sports Center Stadium tanpa khidmat Natso Insa yang mengalami kecederaan.

Sepak bola separuh masa pertama bermula, kelihatan pasukan Shandong Luneng lebih merencanakan serangan dimana Wu Xinghan mendapat peluang menerusi tandukan pada minit ke-2 namun bola itu tinggi melepasi palang. Pemain bintang Eropah, Marouane Fellaini hampir mendapat jaringan gol pada minit ke-19 namun bola itu tersasar tinggi daripada palang.

ACL 2019: Jaringan Pelle, Fellaini Hampakan JDT di Jinan, Shandong Luneng Bermandi Peluh!

Safawi Rasid hampir mencetakkan gol apabila sepakan kencang daripada luar kotak penalti hampir menghukum pasukan pelawat namun tersasar. Bekas pemain Manchester United, Marouane Fellaini berjaya mencetak jaringan pada minit ke-30 menerusi tandukan daripada hantaran Hao Junmin lalu menewaskan penjaga gol Johor Darul Ta’zim, Farizal Marlias.

Ternyata pasukan Shandong Luneng lebih dominan di bahagian tengah yang dikawal oleh bekas bintang Eropah itu. Graziano Pelle pula mencatat jaringan gol pada minit ke-37 menerusi sepakan penalti. Jaringan Fellaini dan bekas pemain Southampton, Graziano Pelle meletakkan pasukan Shandong Luneng di hadapan dengan keputusan 2-0.

ACL 2019: Jaringan Pelle, Fellaini Hampakan JDT di Jinan, Shandong Luneng Bermandi Peluh!

Masuk separuh masa kedua, pasukan JDT mula memperkemaskan rentak permainan. Pasukan Shandong Luneng hampir mendapat jaringan pada minit ke-47 menerusi sepakan Jin Jingdao namun berjaya ditepis oleh penjaga gol lawan. Pemain Shandong Luneng membuat pertukaran pertama pada minit ke-57 untuk membawa masuk Zhou Haibin.

Ternyata asakan yang dibuat oleh pemain JDT membuahkan hasil apabila berjaya mencetak gol pertama pada minit ke-59 hasil rembatan deras daripada Safawi Rasid.

Jaringan tersebut menyuntik moral dan semangat skuad JDT untuk mencari gol penyamaan. Akhyar Rashid dibawa masuk pada minit ke-63 bagi menggantikan Nazmi Faiz untuk memperkuatkan bahagian serangan.

Separuh masa kedua menyaksikan pasukan JDT lebih mengawal possession dimana Harris Harun hampir menjaringkan gol pada minit ke-77 namun sepakannya daripada luar kotak penalti tersasar. Syafiq Ahmad dibawa masuk pada minit ke-87 untuk menggantikan penjaring gol tunggal JDT, Safawi Rasid.

JDT hampir menyamakan kedudukan pada masa kecederaan apabila sepakan percuma daripada Gonzalo Cabrera sekadar singgah di palang sekaligus menghampakan skuad JDT kendalian Luciano Figueroa. Keputusan berakhir 2-1 memihak kepada pasukan tuan rumah di Jinan.

Kredit Foto : ACL

Related Posts

Add Comment