Kelebihan Menjadi Pemain Johor Darul Ta’zim. Acapkali sebut saja mengenai kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim ada saja cerita yang mengaitkan pasukan itu. Jika sebelum ini diisukan tentang kemasukan Akhyar Rashid ke Johor Darul Ta’zim (JDT) pada awal musim ini. Menerusi laman sosial Johor Southern Tigers memaparkan tentang kelebihan menjadi pemain JDT. Dalam posting tersebut menyatakan gaji dan bonus dibayar tepat pada masanya.
Jika dilihat pentadbiran kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim yang dipimpin oleh Tunku Mahkota Johor sangat berstruktur dan sistematik. Kalau nak mengaitkan isu tunggakan gaji dalam skuad Harimau Selatan memang jauh sekali dan tiada masalah itu. Di samping itu, mereka mempunyai fasiliti latihan yang canggih, termasuk padang latihan yang baik untuk skuad JDT.
Kelebihan Menjadi Pemain Johor Darul Ta’zim
Dalam beberapa musim saingan Liga Malaysia, JDT dianggap pasukan kebal dimana menjulang kejuaraan Liga Super sebanyak lima musim berturut-turut sejak 2014. Secara tak langsung pasukan itu akan mendapat merit secara automatik ke saingan Liga Juara-Juara AFC.
Lebih manis, pasukan JDT dikendalikan oleh pemilik kelab DYAM Tunku Mahkota Johor yang sentiasa terlibat dan memahami bola sepak. Mudah kata, pemilik kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim seorang yang berkaliber dan sentiasa menambah baikan pasukan dari semasa ke semasa.
Dalam posting tersebut turut memaparkan seperti berikut ;
– Gaji dan Bonus dibayar tepat pada masanya.
– Fasiliti latihan yang canggih, termasuk padang latihan yang baik.
– Panduan tatacara diet dan pemakanan.
– Kaedah rawatan dan pemulihan perubatan yang betul.
– Penyertaan dalam saingan Liga Juara-Juara AFC.
– Pemilik kelab (DYAM Tunku Mahkota Johor) yang sentiasa terlibat dan memahami bola sepak.
– Suasana kekeluargaan – JDT Family.
– Sistem sokongan dari DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang melangkaui perkara selain bola sepak.
– Budaya profesional yang merangkumi semua aspek.
– Bola sepak merupakan keutamaan utama, bukan politik.
– Menjadi sebahagian daripada projek revolusioner yang tidak mengenal sempadan.
– Sentiasa dalam pemburuan piala-piala, dan menjadi pemenang.
Foto Kredit/ Sumber : JST