Kisah Pasangan Jepun Penyokong JDT, Sanggup Terbang 5000km Dari Jepun ke Larkin

Kisah Pasangan Jepun Penyokong JDT, Sanggup Terbang 5000km Dari Jepun ke Larkin. Konsep ‘JDT For All’ seolah-olah semakin mendapat perhatian apabila jenama Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) semakin berkembang di pentas Asia. Masih segar dari kempen sulung Liga Juara-Juara AFC yang meyakinkan di mana JDT telah mempamerkan daya saing mereka ke atas pasukan-pasukan terbaik Asia, agensi berita tempatan Malay Mail mengetengahkan kisah mengenai sebuah pasangan Jepun yang telah menjadi peminat setia JDT sejak beberapa tahun lalu.

Kisah Pasangan Jepun Penyokong JDT, Sanggup Terbang 5000km Dari Jepun ke Larkin

Menurut artikel Malay Mail tersebut, seorang penyokong JDT telah berkongsi di Twitter kisah Yasu dan isterinya Maki dari Osaka, yang merupakan ahli kumpulan penyokong tegar ‘Ancient Squad’, iaitu penyokong pasukan bola sepak Divisyen 4, kelab Nara.

Menerusi perkongsian pengguna di Twitter @juanbudiman menyatakan, “Mereka menyaksikan perlawanan pertama mereka yang melibatkan Johor Darul Takzim (JDT) dua tahun lalu dalam pertandingan kelayakan Liga Juara-Juara AFC (ACL) antara Gamba Osaka dan JDT pada awal 2017.”

Pasangan tersebut kemudiannya berkunjung ke Johor pada tahun yang sama untuk menyaksikan aksi Harimau Selatan di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos Larkin. Kebetulan ketika mereka ke Larkin, pasukan Johor Darul Ta’zim sedang berpesta meraikan kejuaraan Liga Super ke-4 berturut-turut.

Sumber : Malay Mail, twitter @juanbudiman

Related Posts

Add Comment