JDT Atasi Kelab Australia & Thailand Dalam Debut ACL. Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) merupakan satu-satunya pasukan dari Malaysia yang layak secara merit ke Liga Juara-Juara AFC 2019. Walaupun penampilan pertama buat pasukan Harimau Selatan dalam aksi ACL 2019 namun kelab itu mencatatkan debut yang meyakinkan meskipun gagal layak ke pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara AFC 2019 selepas tewas di tangan wakil Republik Korea, Gyeongnam FC.
JDT Atasi Kelab Australia & Thailand Dalam Debut ACL
Pasukan JDT tidak kekok beraksi dalam kejohanan kelab tertinggi Asia ini apabila mereka berjaya memberikan cabaran sengit buat pasukan yang diundi bersama dalam kumpulan E iaitu Kashima Antlers, Gyeongnam FC dan Shandong Luneng.
Berdasarkan keenam-enam perlawanan yang melibatkan JDT dimana pasukan Harimau Selatan berjaya mengumpul 4 mata hasil satu keputusan seri dan satu kemenangan ke atas juara bertahan ACL, Kashima Antlers sekaligus melakar sejarah baharu Harimau Selatan. JDT hanya tewas 4 perlawanan dengan jaringan bolos yang kecil.
Turut menarik perhatian adalah JDT berjaya mengatasi dua kelab Australia, Sydney FC dan Melbourne Victory serta juara Liga Thailand, Buriram United dari segi kutipan mata, jumlah jaringan dan bolos. Sudah pastinya keputusan ini akan menyemarakkan lagi buat pasukan JDT dalam saingan ACL musim akan datang.
Sumber / Foto Kredit : JST