Bintang Juventus Ronaldo Ucap ‘All The Best’ Kepada JDT

Bintang Juventus Ronaldo Ucap ‘All The Best’ Kepada JDT. Dalam pertemuan pemilik bolasepak kelab Johor Darul Ta’zim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim antara pengerusi Juventus, Andrea Agnelli di Royal Park I Roveri, Itali kelmarin. Menerusi laman sosial Johor Southern Tigers, menyatakan JDT setuju untuk bekerjasama dengan gergasi Itali, Juventus. Tunku Mahkota Johor juga turut berkesempatan untuk melawat ke tempat latihan Juventus yang dilengkapi fasiliti bertaraf dunia.

Bintang Juventus Ronaldo Ucap ‘All The Best’ Kepada JDT

Lebih manis buat pemilik kelab itu dan penyokong JDT, pemain bintang Portugal dan Juventus, Cristiano Ronaldo mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan JDT. Dalam satu video yang dimuat naik menerusi Instagram Tunku Mahkota Johor (TMJ), Cristiano Ronaldo mengucapkan “kepada semua pemain JDT, lakukan yang terbaik dan selamat berjaya.”

 

Walaupun ucapkan itu ringkas, namun ia mestinya memberi makna yang cukup besar dan suntikan buat pemain Johor Darul Ta’zim untuk mengharungi saingan musim ini. Selain pasukan itu untuk mengekalkan kejuaraan Liga Super Malaysia, lebih getir musim ini JDT beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2019.

View this post on Instagram

CR7 @cristiano

A post shared by HRH Crown Prince of Johor (@hrhcrownprinceofjohor) on

 

Malam ini skuad JDT kendalian Luciano Figueroa akan bertemu PKNP FC dalam aksi keenam Liga Malaysia di Larkin. Sementara lagi,  JDT akan menerima kunjungan kelab dari Korea Selatan, Gyeongnam FC dalam aksi kedua Liga Juara-Juara AFC 2019 di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos. Perlawanan ini akan berlangsung pada hari Selasa, 12 Mac 2019!

Kredit Foto : IG Tunku Mahkota Johor

Sumber : JST

Related Posts

Add Comment