Leandro Velazquez Wira JDT 2015 Pulang ke Harimau Selatan, Ganti Aarón Niguèz! Selepas pengumuman daripada Johor Southern Tigers sebentar tadi dimana mereka melepaskan pemain import Aarón Niguèz dan mengucapkan terima kasih atas sumbangan beliau. Jika sebelum ini di story Instagram Tunku Mahkota Johor memuat status tentang bekas pemain import dimana menyatakan “one of my biggest mistake was letting this guy go. Top player with a top attitude.”
Kini menerusi laman JST telah mengumumkan pemain import baharu iaitu Leandro Velazquez yang datang semula ke kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim.
Leandro Velazquez Wira JDT 2015 Pulang ke Harimau Selatan, Ganti Aarón Niguèz!
Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sukacita ingin mengumumkan kedatangan semula penyerang Argentina, Leandro Velazquez.
Leandro, pemain yang pernah melakarkan sejarah Harimau Selatan, kini sudah berada di Johor dan boleh membuat ‘debut’ kedua beliau bersama JDT untuk perlawanan menentang Melaka United dalam saingan unifi Liga Super Malaysia 2019 pada Sabtu ini, 23 Februari.
Yang paling menarik, Leandro merupakan sebahagian daripada para pemain yang terlibat dalam kempen kejayaan Piala AFC 2015, yang mana JDT telah menjadi kelab pertama di Asia Tenggara memenangi pertandingan tersebut. Tidak ada mana-mana kelab dari benua Asia Tenggara ini pernah melangkau hingga ke peringkat separuh akhir yang kemudiannya menyaksikan JDT menang 1-0 ke atas Istiklol FC hasil jaringan tunggal Leandro pada perlawanan akhir.
Velazquez telah ditandatangani sebelum jendela perpindahan tutup pada hari Rabu.
Dengan kehadiran Leandro sudah pasti memberi khabar gembira buat peminat dan penyokong Johor Darul Ta’zim dimana beliau merupakan wira JDT tahun 2015. Selamat datang Leandro ke JDT!
Sumber : Johor Southern Tigers, futbol sapiens