Isu Perubahan Taktikal JDT, Aarón Niguèz Dilepaskan Kelab!

Isu Perubahan Taktikal JDT, Aarón Niguèz Dilepaskan Kelab! Aarón Niguèz antara pemain import Johor Darul Ta’zim yang berhijrah musim ini. Dengan kelincahan dan gaya permainan yang agak pantas membuatkan Aarón antara pemain yang menjadi perhatian dalam saingan Liga Malaysia 2019. Kualiti permainannya yang dipamerkan ketika Piala Sumbangsih 2019 telah menambat hati penyokong-penyokong JDT.

Isu Perubahan Taktikal JDT, Aarón Niguèz Dilepaskan Kelab!

Namun persoalannya kenapa Aarón Niguèz meninggalkan pasukan Harimau Selatan itu? Hal ini diumumkan sendiri dalam laman FB Johor Southern Tigers, dimana Luciano Figueroa pengurus JDT mengucapkan terima kasih kepada Aarón Niguèz atas sumbangan beliau ke atas kelab itu.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Aaron Niguez kerana menjadi sebahagian daripada skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) yang berjaya menjulang Piala Sumbangsih 2019.

Dengan itu, saya merasakan bahawa Harimau Selatan perlu membuat beberapa perubahan taktikal untuk mengukuhkan skuad. Ini berdasarkan pemerhatian yang dilakukan ketika latihan dan perlawanan-perlawanan kompetitif.

Oleh itu, saya dan kelab ingin mengucapkan selamat maju jaya buat Aaron untuk kerjaya beliau di masa hadapan. Terima kasih atas sumbangan anda.

Luciano Figueroa, Pengurus Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim

Isu Perubahan Taktikal JDT, Aarón Niguèz Dilepaskan Kelab!

Rata-rata penyokong JDT terkejut dengan pengkhabaran ini yang merasakan pemain dari Sepanyol itu perlu dikekalkan untuk musim ini.

Kredit Foto : Johor Southern Tigers

Related Posts

Add Comment