Stadium Sultan Ismail Berwajah Baru, Jotun Setuju Taja Cat Kepada Terengganu FC

Stadium Sultan Ismail Berwajah Baru, Jotun Setuju Taja Cat Kepada Terengganu FC. Terengganu Football Club mencapai kata sepakat apabila syarikat penaja cat rasmi iaitu Jotun Malaysia telah bersetuju untuk menaja dan membekalkan cat khusus untuk membantu TFC. Menurut makluman daripada laman rasmi Terengganu Football Club, Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu (SSINS) akan diaplikasi dengan warna identiti pasukan dengan warna Hitam dan Putih.

Stadium Sultan Ismail Berwajah Baru, Jotun Setuju Taja Cat Kepada Terengganu FC

Berdasarkan pemantauan daripada laman sosial Terengganu FC berkongsi gambar kerja-kerja mengecat kawasan tempat duduk penyokong dengan tema hitam dan putih di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Stadium Sultan Ismail Berwajah Baru, Jotun Setuju Taja Cat Kepada Terengganu FC

Pihak TFC dan juga Majlis Bandaraya Negeri Terengganu (MBKT) ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Jotun yang sudi untuk menjadi salah sebuah syarikat yang menyumbang buat pasukan ini dan diharapkan ini adalah permulaan kerjasama untuk perhubungan ini pergi lebih kehadapan dan lebih meluas!

Sumber : Terengganu Football Club, Terengganu 11

Related Posts

Add Comment